Assalamualaikum readers sekalian..Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Alhamdulillah hari ni sudah pn masuk hari ke-4 kita menyambut hari raya. setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, kita telah pun menyambut hari kemenangan ini..adakah cukup amalan yg kita lakukan pd bulan puasa yg lalu?masih adakah lg Ramadhan utk kita pada tahun hadapan?huhu..aku hanya mampu berdoa pada Allah agar panjangkan usia ku semoga aku dapat bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun hadapan..Ramadhan telah pun melabuhkan tirainya..kini Syawal pun menjelma..bagaimana dengan sambutan hari raya korang? tahun ni agak istimewa sedikit bagi seluruh rakyat Malaysia kerana kita menyambut Hari Raya serentak dengan Hari Kemerdekaan yg ke-54 dan sambutan kali ini dikenali sbg Merdeka Raya. adakah meriah sambutan hari raya tahun ini?
untuk menjawab soalan itu, bagi aku sambutan hari raya tahun ini agak suram.kenapa taufiq?tak dapat duit raya ke? bukan pasal duit raya..mmg sejak jd student universiti lagi aku dh tak dpt duit raya. biar aku straight to the point apa yg suram raya tahun ni:
-
bila raya rumah nenek aku kt shah alam, sedara mara tak ada. masing2 raya rumah keluarga suami atau isteri diorg. maklumlah sepupu aku ramai dah kawin dan ada anak..aku dgn parents aku pegi umah nenek selepas semayang zohor. bila sampai memang mengejutkan. sunyi sepi rumah nenek aku tu. dalam hati memang rasa kesian..dulu memang meriah sampai kitrg sedara mara pakat pegi umah nenek dulu.time tu ramai blom kawin. riuh rendah lah umah nenek aku time tu..makanan nenek yg paling best kitrg suka ialah rendang dia..tak kisahlh rendang daging atau ayam
-
sedih sebab tinggalkn bulan ramadhan..huhu..adakah aku rasa ramadhan tahun ini adalah ramadhan terbaik bagiku?susah hendak aku katakan..mungkin tak banyak amalan yg aku lakukan pada bulan mulia ini untuk tahun ini..hanya Allah sahaja yg tahu apa yg telah aku lakukan dan banyak mana amalan yg aku lakukan pada ramadhan yg lalu..
-
kehilangan ahli keluarga iaitu atuk aku yg telah ke rahmatullah kira2 7 tahun yg lalu. walaupun sudah lama arwah meninggal dunia, kehilangan dia amat dirasai..kami sekeluarga tidak pernah lupa untuk menziarahi kubur arwah pada setiap tahun beberapa hari sebelum raya.
-
harga barang keperluan meningkat walaupun mencukupi. memang bertuah kita yg berada di Malaysia ni kerana barang keperluan untuk hari raya memang mencukupi dan tidak ada yg kurang pun. harga barang keperluan kini memang meningkat. paling mengejutkan aku ialah harga lemang kini paling murah pun RM 12 utk satu batang. itupun ikut saiz juga. huhu..mati2 aku ingtkn harga paling murah RM 8. haha..itu harga dulu..bape tahun lps da..tp tak mengapa. walaupun harga barang keperluan naik, rakyat tetap membeli dan menyambut hari raya secara sederhana dan meriah. kita juga bertuah kerana menyambutnya dgn aman dan berbilang kaum.
-
kuih tradisional dh pupus? betul ke skang ni susah nk jumpa dodol dan wajik spt yg heboh dalam facebook? kuih lain spt bahulu pn jarang jumpa sekarang. harap kuih2 ini tidak lg pupus kerana inilh makanan tradisi kita sejak zaman dahulu kala lg. semoga ia akan kekal selama-lamanya
ini pula perkara2 yg menceriakan hari raya tahun ini (happy lah tu):
-
kedua-dua kakak ipar buat kek dan buat soto utk hari raya. aku gembira melihat keinginan kedua-dua kakak ipar aku mahu buat kek dan soto utk hari raya. sorg buat kek sorg lagi buat soto. memang rilek la mak aku (tolong jgk.tolong chek. hahaha). diorg buat dua menu tu pun sehari sebelum raya..dan memang mereka sekeluarga menginap di rumah aku dan menyambut lebaran di rumah aku pada hari itu. haha..cuba bayangkan mereka, abg2 aku dan anak2 diorg berada di rumah aku..fuhhh..meriah..apa2 pn memang terbaik masakan diorg. sedap..
-
1st time bagi duit raya kpd ibu bapa aku dan anak2 saudara aku. tahun ini adalah tahun pertama aku memberi duit raya kepada mereka. walaupun nilainya tak setinggi mana, tetapi keikhlasan dan ingatan kita pada mereka terutama skali ibu bapa adalah amat penting. insyallah kita dimurahkan rezeki pada masa akan datang jika kita memberi dan sedekah pada yg memerlukan. memang benar apa yg dikatakan tangan yg memberi adalah lebih baik drpd menerima..sebenarnya pemberian duit raya ni hanyalah adat dlm masyarakat melayu. kalau pegi ke negara2 lain terutama skali di negara arab, tak ada pn pemberian ini. mungkin pemberian duit raya ni berlaku di negara Asia je..pemberian duit raya ni hanya semata-mata untuk bersedekah..mak ayah aku gembira bila masing2 dapat lebih satu sampul. mereka juga ada terfikir sama ada wang yg ada pada setiap sampul adalah wang besar atau kecil.
-
tahun ni skali lagi abg aku yg ke-3 iaitu akmal (abg mal) bersama isteri dan anaknya, Gen tidak menyambut raya bersama aku dan keluarga. mereka skali lagi menyambutnya di Jepun sejak tahun 2008 lagi. aku dan keluarga masih berharap mereka dapat pulang berhari raya pada taun dpn insyallah..walaupun tak dpt menyambut raya bersama, kami sekeluarga menghubungi dia melalui internet. kami webcam dgn menggunakan Skype untuk menghubungi dia. seronok dpt menghubungi abg aku ini melalui Skype lebih2 lagi dengan menggunakan kamera webcam dimana kita boleh melihat wajah dia dan dia juga boleh melihat wajah kita pada masa yg sama. sungguh canggih teknologi kini bukan? pertama kali menghubungi dia menerusi webcam pada hari raya pertama dan hati ini berasa gembira tak terkata kerana semua ahli keluarga aku dapat berhubung dengan abg mal melalui webcam. paling kelakar dan sedih adalah ketika abg aku yg sulung, abg zed menunjukkan makanan lemang dan kek lapis di hadapan kamera kemudian Gen cuba mengambil makanan tersebut. selepas itu dia meminta makanan tersebut menggunakan isyarat tgn (isyarat tgn cara dia). kesian..biasalah..lemang dan kek lapis ssh nk dapat di negara Jepun..sungguh tinggi imaginasi Gen seolah-olah lemang dan kek lapis yg ditunjukkan oleh abg zed dpn kamera tu berada dpn mata dia..padahal kita berada di tempat berbeza jauh plak tu.
-
membayar zakat fitrah pada bulan puasa yg lalu. aku melunaskan tanggungjawab ini utk 1st time. seboleh-bolehnya jgn tangguh hingga saat2 akhir bulan puasa untuk membayar zakat fitrah..aku membayar zakat fitrah tahun ini pada hari ke-7 kita berpuasa. ini memberi pengajaran padaku bahawa rezeki yg kita perolehi dan diberi oleh Allah hanya sementara dan patut dikongsi pada orang yg memerlukan..aku tahu ramai juga yg mengeluh terutama yg mempunyai ramai anak menyatakan bayaran zakat fitrah sekarang ni tinggi iaitu RM 7 bg negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. nak buat cmna, harga beras sekarang dh naik..sama2 lah harap harga beras tidak akan naik pada tahun dpn. jgn berkira sgt dgn harga zakat tersebut kerana suatu hari nanti insyallah rezeki kita akan bertambah jika kita membayar zakat dan bersedekah. yang penting buat dgn ikhlas..
-
takbir raya dari rumah ke rumah pada mlm raya (sehari sebelum raya pada waktu malam). mungkin tradisi ini tak berlaku atau jarang berlaku di kawasan bandar. biasanya tradisi ni berlaku di kawasan kampung. sebenarnya takbir raya ni ada berlaku di kawasan perumahan aku di bangi. selepas solat isyak, jiran2 aku termasuk aku mula takbir di surau dahulu. kemudian kami berpecah mengikut zon rumah masing2. pembahagian mengikut zon ini sgt memudahkan kerana terlalu banyak rumah yg sudah di bina di kawasan perumahan kami. adalah mustahil untuk bertakbir raya di semua rumah kerana ini akan memakan masa yg lama untuk selesai dan mungkin takbir akan tamat pada lewat malam..ketika mengikut rombongan ni, aku teringat zaman kanak2 aku dahulu. ketika menyambut raya di kampung ayah aku di Perak, aku ikut ayah aku dan arwah atuk aku takbir raya dari rumah ke rumah pada malam raya. boleh kata lewat juga takbir raya tu selesai..tidak semua tuan rumah yg memberi duit kepada kami ketika takbir raya waktu itu. kalau mereka beri, kami terima. tidak mengharapkan sgt. sama juga situasi ketika takbir raya di kawasan perumahan aku ni. tidak mengharapkan pemberian duit daripada tuan rumah. kalau tuan rumah bagi pn hanya pada kanak2 shj. alhamdulillah perjalanan takbir raya dari rumah ke rumah tahun ni berjalan lancar dan tamat pada pukul 12 tgh mlm malah rumah yg dilawati pn tak banyak sebab ramai yg pulang ke kampung halaman.
begitulah cerita raya tahun ni bg aku tidak semeriah spt dahulu..aku tetap bersyukur kerana masih dapat menyambutnya bersama keluarga..ada juga hamba Allah yg lain tidak dpt menyambut hari raya disebabkan terpaksa bekerja pada hari raya, tiada keluarga atau berkhidmat untuk melindungi negara kita daripada ancaman luar (biasa tentera dan polis). oklh. setakat ini sahaja cerita aku untuk hari ini. insyallah akan ada lagi cerita2 menarik akan dikongsikan di blog ini.
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment