Jamuan Hari Raya Mutiara Bangi 2011

Assalamualaikum readers sekalian..apa khabar? sihat? ye..kita sudah hampir ke penghujung syawal..sapa2 ada plan nk wat puasa enam skang lupakan hasrat tu ye sebab dh masuk 26-27 syawal dh pun..semalam (24 September) sekali lagi telah berlangsungnya majlis jamuan hari raya mutiara bangi. memang setiap tahun neighbourhood tmpt aku tinggal ni akan mengadakan jamuan hari raya. tujuan nya hanya satu iaitu mengeratkan tali silaturrahim sesama jiran dan mana lah tahu kita baru kenal jiran kita masa jamuan ni ke..atau baru tahu dia baru pindah di kawasan yang sama dengan tempat kita tinggal..oklah aku tak nak cerita panjang pasal motif tu..kalau tak silap aku masuk tahun ni dah 6-7 kali dah diadakan majlis ini. semestinya tahun ni ada kelainan sedikit daripada tahun yang lalu.



tahun ni, jamuan hari raya diadakan di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi pada pukul 8 malam. bagi aku tempat ni kira ok jugaklah tp stage utk persembahan tinggi skit tp kecik and ada dua-tiga anak tangga je (tahun lps kt puri pujangga, UKM stage rendah dan luas skit). keseluruhan acara malam tu termasuk persembahan aku hanya kategorikan sebagai sederhana sahaja..jiran-jiran yg hadir tetap terhibur dengan persembahan2 malam tu. persembahan belia? mestilah ada walaupun tidak sehebat tahun lalu..ada jugaklah daripada langsung tak ada kan.belia hanya membuat persembahan nyanyian sahaja.seronok! 1 persembahan nyanyian berkumpulan (band) dan satu lagi persembahan nyanyian solo. aku tak terlibat dalam apa duty mahupun persembahan sebab aku hanya mahu duduk diam dan enjoy pada malam itu. cukup hanya aku merakamkan video persembahan di atas pentas dengan menggunakan kamera video yang aku miliki sejak dua tahun yg lalu..thanks abg mal (abg aku). berbaloi juga abg aku memberi kamera video itu kepada aku. tidak ketinggalan juga aku ada mengambil beberapa keping gambar. kalau korg semua nk tgk video dan gambar yang aku rakam pada malam tu, korg bolehlah ke facebook aku untuk melihat foto2 dan video2 tersebut..




jika tahun lalu golongan belia menguasai pentas, tahun ini kanak-kanak mutiara bangi pula memberikan persembahan yg menghiburkan..mereka menyampaikan lagu patriotik secara berkumpulan, ada juga yg menunjukkan bakat melalui bermain organ, biola dan bercerita..sudah terserlah bakat2 mereka ini. aku kagum dengan kebolehan kanak-kanak mutiara bangi ni..semoga bakat yg telah mereka persembahkan pada malam itu dapat terus digilap oleh ibu bapa mereka (boleh la tiap2 tahun peform)..aku bersyukur kerana tahun ini buat pertama kalinya tidak ada langsung persembahan pakaian beragam oleh kanak2 seperti tahun2 yg lalu..bosan..asyik menda samaje kn tiap2 tahun..oh tak lupa juga keluarga aku memenangi hamper dalam cabutan bertuah..family aku dpt hadiah tersebut ketika hampir2 ke cabutan yg terakhir..alhamdulillah..rezeki..macam2 makanan ada. besar pula tu..apa2 pun semoga semangat kejiranan harus diteruskan dan ikatan persahabatan dapat dieratkan. semoga kita jumpa lagi pada entry yg akan datang. sekian



muka happy dpt hadiah cabutan bertuah (cabutan nombor kedua terakhir pula tu)

0 comments: (+add yours?)