Uncle Usin?

1 comments

Assalamualaikum readers sekalian..apa khabar? Hari ni aku nk komen sikit pasal filem Melayu yang baru ditayangkan iaitu Uncle Usin (berdasarkan poster atas ni). aku baru menonton filem ni di panggung wayang hari minggu yg lalu. bila masuk je dalam panggung nk tgk cite ni, amat menyedihkan bila tgk bilangan org yg menonton. masih banyak seat yang kosong (masa beli tiket pun dh bleh nampak kt skrin komputer cashier). terus terang lah kan aku nk tanya korg. bila korg tgk poster kt atas ni, utk pertama kali, korg rasa korg patut tgk ke atau tak. mesti ada yg kata mcm best je ala2 james bond komedi plus ada pelakon2 komedi yg popular yg berlakon..huhu..seperti peribahasa dalam Bahasa Inggeris, "Don't judge a book by it's cover". jangan kita menilai movie tu berdasarkan poster mahupun pelakon2 yg berlakon dalam movie tu..sebelum ni aku pernah tanya korg pasal movie Ombak Rindu. Apa yg best sgt movie ni? pelakon atau jalan cerita. dan aku beri pendapat jalan cerita Ombak Rindu tidak menarik walaupun pelakon2 nya hebat dan popular. komen positif aku, pelakon2 movie Ombak Rindu melakonkan watak mereka dengan baik.

sama juga dengan movie Uncle Usin ni. pelakon2 dia memang hebat dan popular lagi namun jalan cerita movie ini menghampakan. bila tengok cerita ni aku tak tau mana satu yang komedi nya walaupun pelakon2 movie ni adalah pelakon komedi. aku pasti kutipan filem ni tidak sampai RM 1 juta. ini bukan kali pertama aku menonton movie yang tidak ramai penonton. sebelum ni pun pernah juga aku hadapi situasi sama, filem Melayu jugak..hmm..aku belum sentuh lagi isu promosi filem ni. sebenarnya filem ni kurang promote di TV, radio malah media cetak. mungkin kos agak tinggi..terpulang pd penerbit tu sendiri..aku sendiri dh jangkakan ini akan berlaku walaupun pelakon2 utama yg berlakon movie ni best2 belaka.

kepada Johan, Zizan dan Nabil, sebenarnya lakonan anda tidak menghampakan dalam movie ni. hanya jalan cerita movie ni sahaja yang tidak menarik langsung. kadang2 ada movie tu pelakon2 dia tak popular dan tak pernah dengar tetapi jalan cerita menarik. Kadang2 ada juga movie yang pelakon2 dia popular tetapi jalan cerita tak menarik. hmm..kepada readers sekalian, teruskan menyokong industri perfileman tempatan. jika filem Uncle Usin dianggap gagal, jgn label filem tempatan yang lain juga gagal. usah risau, masih ada lagi movie Melayu yang berkualiti akan muncul selepas Uncle Usin.

Best ke filem Ombak Rindu?

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian. Selamat bertemu kembali..ye..berdasarkan post aku sebelum ni aku ada cite pasal pertikaian yang dibuat oleh artis Malaysia atas kemenangan artis luar negara di negara kita sendiri. Tak perlu aku sebut siapa artis Malaysia tu dan siapa artis luar negara tu yang baru seminggu menang award. kali ni aku nk komen sikit pasal filem box-office kt Malaysia iaitu Ombak Rindu. Maaflah aku lambat sangat review pasal filem ni padahal aku patut review bulan Januari atau Februari lagi since filem ni tunjuk kt wayang bulan Disember 2011. aku bukan apa..sebab artis luar negara tu pun salah seorang pelakon dalam filem ni. pastu pula menang award kt negara kita dan kuasa filem ini yang membuatkan dia dipilih sebagai pemenag seminggu yang lalu. setakat ni filem ni adalah filem yang paling dapat banyak kutipan kalau tak silap lebih RM 12 juta. lebih sikit je dari filem KL Gangster.huhu..

Baiklah berbalik pada tajuk blog aku ni iaitu best ke filem Ombak Rindu? memang tak di sangka penangan filem ni. ada sesetengah orang kata bawa tisu bila tgk kt wayang, cakap ni cite nangis2, cite ni best, ada yang kata lps tgk sekali mesti kena tgk lg..wah..adakah disebabkan jalan cerita fiem ni yang menarik atau disebabkan pelakon-pelakon yang berlakon dalam movie ni? well, aku rasa penonton sekarang dh bijak dan nilai lah sendiri sama ada disebabkan jalan cerita atau pelakon-pelakon nya. sebenarnya movie Ombak Rindu ni asalnya dari novel dengan tajuk yang sama. sama juga novel Lagenda Budak Setan yang telah difilemkan sebelum ni.

bila tgk tajuk post ni, mesti korg fikir aku belum tgk movie ni kn dan akan ckp kt aku, aku kena tgk dulu Ombak Rindu. sebenarnya aku DAH tgk movie ni dua bulan lps. tgk dvd la..original ok..aku tgk dari awal sampai habis..tempoh masa filem ni ialah 2 jam. filem Melayu lain ada most of them tempoh dia 1 jam 30 min je. kalau ada yang lebih pun lebih 10 minit je. jarang2 ada filem melayu yang tempoh masa dia 2 jam atau 2 jam lebih. patutlh kadang aku boring tgk cite ni. bila nak abis ni..hehe..secara keseluruhan tempat penggambaran memang cantik environment pun ok dan dialog pn ok..tetapi ada yang tak memuaskan.

apa yang tak memuaskan? ye..jalan cerita dia..panjang sangat la..aku pun asyik tunggu je apa nk jadi lepas scene ni..apa nk jadi lepas scene ni..sengaja nk lambatkan cerita filem ni..adoi..ada scene yang tak patut/tak penting ditunjukkan. jangan tanya scene mana aku tak ingt dah..hehe..bagi sesiapa yg dh tgk filem ni mesti tau babak gadis kampung ni, di paksa jadi hamba dan tinggal serumah dengan tuannya..dan kemudian gadis kampung ni mintak untuk kahwin.lepas kawin layan sbg hamba juga..apa da..senang2 je nak kawin pastu time kawin pun layan jadi hamba juga..hmm..

bila aku tgk movie ni, rasa benci kt pelakon tu pun ada juga untuk certain scene macam scene marah,tegking2 dan pukul-memukul. tapi ini movie je..bukan betul. boleh kata menjadi juga lakonan pelako-pelakon tu utk scene yg aku sebutkn tu..sebab tu menang award kn2?hihi..macam mana dengan part menangis? aku menangis ke? uii..mestilah MENANGIS..haha..tapi tak lah mengalir mcm air sungai atau air terjun.janji keluar air mata.haha..kenapa menangis? dah ada org ckp ada part nangis aku nangis kt part menangis tu..tak gitu? adoi..ni feeling masing2 la..aku nangis sebab aku pun feel jgk tgk cite ni.kalau tak feel, kosonglh jiwa ku. ku bukan jiang ok.

apa pun, aku hanya boleh katakan Ombak Rindu TAK BEST sebab jalan cerita yang panjang dan penantian utk scene seterusnya yang lambat sehingga scene yang tak patut/tak penting ditayangkan..memang ini filem romantik dan perasaan cinta/sayang memang ada dalam diri aku..aku pun manusia juga ingin mencintai dan dicintai..jangan ckp aku tak ada perasaan pula bila tgk movie ni..last but not least..aku ingin katakan sini sokonglah filem Malaysia. sekarang ni filem Malaysia dh best dh..seronok2..

Semangat patriotik dalam dunia hiburan

0 comments

Assalamualikum readers semua..harap korang semua sihat-sihat selamanya..baru-baru ni kecoh dalam tempoh seminggu mengenai artis luar negara (Singapore je pn) yang menang award di Malaysia dipertikaikan oleh sorang artis Malaysia ni. artis Malaysia ni pula pegang jawatan penting dalam persatuan artis tak lupa dalam bidang politik pun terlibat juga tp sebagai pemuda lah..artis Malaysia ni leih berbangga jika artis dari negara dia sendiri yang menang award tu dan sindir rakyat Malaysia yang memilih artis luar negara menang award di negara sendiri..hmm..kt sini aku menghormati artis Malaysia ni sebab semangat patritisme yg ditunjukkan oleh beliau sendiri.

Artis luar negara tu plak cmna? ada respon ke lepas dpt kenyataan mcm ni? mestilah respon..takkan nk diam je. aku pun percaya artis luar negara ni pn tak jangka dicalonkan pastu menang di negara yg bukan tempat lahir dia sendiri. artis luar negara ni pun tak menghalang artis Malaysia ni buat kenyataan mcm tu sebab itu hak dia..bebas bersuara tetapi berpada-pada..huhu..hebat..artis luar negara ni pun ada buat permohonan untuk jadi penduduk tetap di Malaysia tetapi bukan memohon kerakyatan. sukar untuk beliau mendapat kerakyatan di negara ini.

artis Malaysia ni masih berpegang pada prinsip dia sendiri dan mengatakan hebat sangat ke artis-artis dari luar negara ni. apa yang buatkan rakyat Malaysia memuja mereka ni..dia masih support artis Malaysia ni lebih hebat. sebenarnya tak ada halangan kalau artis-artis luar negara ni nak cari rezeki di negara kita. sedangkan artis-artis Malaysia pun ada juga cari rezeki di negara luar. tak lupa juga dengan pekerja-pekerja warga asing di Malaysia. Rakyat Malaysia pun ramai yang menetap di luar negara dan ada yang jadi penduduk tetap tetapi bukan tukar kerakyatan. walau apa pun artis Malaysia ni diduga apabila Facebook beliau digodam oleh peminat artis luar negara yg menang award tu.

artis luar negara tu pula..sebelum menang award lagi dia dipermainkan Facebook dengan isu nama sebenar dia. tetapi dia nafikan yang dia guna nama glamour bila jadi artis dengan buktikan ID/IC negara dia sendiri. artis luar negara ni sgt terkenal di negara kita. majoriti nya peminat-peminat dia terdiri daripada golongan wanita..bagi aku artis luar negara ni biasa-biasa je..tak ada yang menarik pun..lakonan sama taraf dengan pelakon-pelakon di Malaysia ni.

dalam hal ni aku tidak menyebelahi sesiapa pn. kemasukan warga asing ke negara ini perlu dikawal. sebab rakyat negara ni susah nk cari rezeki disebabkan kehadiran mereka. tak kira lah artis mahupun rakyat biasa di negara ini..sama-sama susah nk cari rezeki..apa pun kepada artis Malaysia yang berkelana di luar negara, anda sebenarnya juga membawa nama negara anda sendiri. tunjukkan yg artis Malaysia pun hebat juga di luar negara.

Team kegemaran Euro 2012

0 comments



Lepas korg tgk iklan pak cik tua kt atas ni, mesti korg gelak2 kan. iyelh susah nk cari video player yg pakai tape skang ni. itu satu2 nya menda yg boleh rekod program tv yg kita suka.vcd/dvd player mungkin tak ada yg boleh rekod program tv yg kita suka. tp pak cik tua dlm iklan ni dia rekod perlawanan bola sampai satu almari tape dia..fanatik betul..nway bukan pasal teknologi ni yang aku nak cerita. aku nak cerita mengenai team kegemaran bagi kejohanan bola sepak eropah iaitu Euro 2012. sama mcm world cup iaitu kejohanan ni muncul 4 tahun sekali tetapi hanya 16 negara je terlibat semuanya negara europe. memanglah semua european country je terlibat, nama pun Euro.

Kalau tak silap hujung bulan 5 dh mula game ni.lepas habis EPL,La Liga,Bundesliga dan lain2 lagi.tahun2 sebelum ni kejutan sangat biasa berlaku dlm euro. negara yg tak kuat dan tak jangka menang pun jadi juara. juara bertahan pun boleh terkeluar dlm group stages, negara yang kecil pun boleh bertanding dan negara-negara kuat pun boleh tewas dengan pasukan yang baru pertama kali join euro ni.

Siapa team favourite korg utk Euro 2012? kalau aku, aku minat team Belanda atau dalam bahasa Inggeris kita sebut Holland/Netherlands.team ni dikenali sebagai oranje. Kenapa aku minat Netherlands atau Belanda? sebenarnya Belanda adalah team underdog atau salah satu team favourite utk menang trofi Euro ni. dari segi permainan memang corak menarik, skill, taktikal dan tackle yg ditunjukkan. Masa World Cup 2010, team ni berjaya mara ke final selepas kekal rekod tanpa kalah dari awal World Cup 2010 tapi tewas kepada Spain masa final World Cup. satu kejutan jugak kan? tak mustahil Belanda boleh jadi team favourite untuk jadi juara Euro tahun ni. Sebelum ni pun Belanda pernah jadi juara euro tapi tahun 80-an dulu la..hehe

Pemain-pemain Belanda juga hebat2. antaranya Rafael van Der Vaart, Robin van Persie, Arjen Robben, Wesley Sneidjer dan Khaled Bhelarouz. itu je antara yang aku kenal..memang susah lah nk ingat nama2 semua player..jadi pasukan mana yang menjadi kegemaran korg untuk euro 2012 ni? jgn sebut Malaysia atau Brazil sudahlah sebab dh ckp d negara-negara Eropah je yang terlibat dalam Euro ni. Kalau sebut England, Spain, France atau Germany ke boleh diterima lagi. Apa pun sama-sama kita nantikan Euro 2012 tahun ni diadakan di Ukraine dan Poland. Majulah sukan untuk negara.