Uncle Usin?

Assalamualaikum readers sekalian..apa khabar? Hari ni aku nk komen sikit pasal filem Melayu yang baru ditayangkan iaitu Uncle Usin (berdasarkan poster atas ni). aku baru menonton filem ni di panggung wayang hari minggu yg lalu. bila masuk je dalam panggung nk tgk cite ni, amat menyedihkan bila tgk bilangan org yg menonton. masih banyak seat yang kosong (masa beli tiket pun dh bleh nampak kt skrin komputer cashier). terus terang lah kan aku nk tanya korg. bila korg tgk poster kt atas ni, utk pertama kali, korg rasa korg patut tgk ke atau tak. mesti ada yg kata mcm best je ala2 james bond komedi plus ada pelakon2 komedi yg popular yg berlakon..huhu..seperti peribahasa dalam Bahasa Inggeris, "Don't judge a book by it's cover". jangan kita menilai movie tu berdasarkan poster mahupun pelakon2 yg berlakon dalam movie tu..sebelum ni aku pernah tanya korg pasal movie Ombak Rindu. Apa yg best sgt movie ni? pelakon atau jalan cerita. dan aku beri pendapat jalan cerita Ombak Rindu tidak menarik walaupun pelakon2 nya hebat dan popular. komen positif aku, pelakon2 movie Ombak Rindu melakonkan watak mereka dengan baik.

sama juga dengan movie Uncle Usin ni. pelakon2 dia memang hebat dan popular lagi namun jalan cerita movie ini menghampakan. bila tengok cerita ni aku tak tau mana satu yang komedi nya walaupun pelakon2 movie ni adalah pelakon komedi. aku pasti kutipan filem ni tidak sampai RM 1 juta. ini bukan kali pertama aku menonton movie yang tidak ramai penonton. sebelum ni pun pernah juga aku hadapi situasi sama, filem Melayu jugak..hmm..aku belum sentuh lagi isu promosi filem ni. sebenarnya filem ni kurang promote di TV, radio malah media cetak. mungkin kos agak tinggi..terpulang pd penerbit tu sendiri..aku sendiri dh jangkakan ini akan berlaku walaupun pelakon2 utama yg berlakon movie ni best2 belaka.

kepada Johan, Zizan dan Nabil, sebenarnya lakonan anda tidak menghampakan dalam movie ni. hanya jalan cerita movie ni sahaja yang tidak menarik langsung. kadang2 ada movie tu pelakon2 dia tak popular dan tak pernah dengar tetapi jalan cerita menarik. Kadang2 ada juga movie yang pelakon2 dia popular tetapi jalan cerita tak menarik. hmm..kepada readers sekalian, teruskan menyokong industri perfileman tempatan. jika filem Uncle Usin dianggap gagal, jgn label filem tempatan yang lain juga gagal. usah risau, masih ada lagi movie Melayu yang berkualiti akan muncul selepas Uncle Usin.

1 comments: (+add yours?)

LensaKatop said...

saya sokong http://lensakatop.blogspot.com/