Best ke filem Ombak Rindu?

Assalamualaikum readers sekalian. Selamat bertemu kembali..ye..berdasarkan post aku sebelum ni aku ada cite pasal pertikaian yang dibuat oleh artis Malaysia atas kemenangan artis luar negara di negara kita sendiri. Tak perlu aku sebut siapa artis Malaysia tu dan siapa artis luar negara tu yang baru seminggu menang award. kali ni aku nk komen sikit pasal filem box-office kt Malaysia iaitu Ombak Rindu. Maaflah aku lambat sangat review pasal filem ni padahal aku patut review bulan Januari atau Februari lagi since filem ni tunjuk kt wayang bulan Disember 2011. aku bukan apa..sebab artis luar negara tu pun salah seorang pelakon dalam filem ni. pastu pula menang award kt negara kita dan kuasa filem ini yang membuatkan dia dipilih sebagai pemenag seminggu yang lalu. setakat ni filem ni adalah filem yang paling dapat banyak kutipan kalau tak silap lebih RM 12 juta. lebih sikit je dari filem KL Gangster.huhu..

Baiklah berbalik pada tajuk blog aku ni iaitu best ke filem Ombak Rindu? memang tak di sangka penangan filem ni. ada sesetengah orang kata bawa tisu bila tgk kt wayang, cakap ni cite nangis2, cite ni best, ada yang kata lps tgk sekali mesti kena tgk lg..wah..adakah disebabkan jalan cerita fiem ni yang menarik atau disebabkan pelakon-pelakon yang berlakon dalam movie ni? well, aku rasa penonton sekarang dh bijak dan nilai lah sendiri sama ada disebabkan jalan cerita atau pelakon-pelakon nya. sebenarnya movie Ombak Rindu ni asalnya dari novel dengan tajuk yang sama. sama juga novel Lagenda Budak Setan yang telah difilemkan sebelum ni.

bila tgk tajuk post ni, mesti korg fikir aku belum tgk movie ni kn dan akan ckp kt aku, aku kena tgk dulu Ombak Rindu. sebenarnya aku DAH tgk movie ni dua bulan lps. tgk dvd la..original ok..aku tgk dari awal sampai habis..tempoh masa filem ni ialah 2 jam. filem Melayu lain ada most of them tempoh dia 1 jam 30 min je. kalau ada yang lebih pun lebih 10 minit je. jarang2 ada filem melayu yang tempoh masa dia 2 jam atau 2 jam lebih. patutlh kadang aku boring tgk cite ni. bila nak abis ni..hehe..secara keseluruhan tempat penggambaran memang cantik environment pun ok dan dialog pn ok..tetapi ada yang tak memuaskan.

apa yang tak memuaskan? ye..jalan cerita dia..panjang sangat la..aku pun asyik tunggu je apa nk jadi lepas scene ni..apa nk jadi lepas scene ni..sengaja nk lambatkan cerita filem ni..adoi..ada scene yang tak patut/tak penting ditunjukkan. jangan tanya scene mana aku tak ingt dah..hehe..bagi sesiapa yg dh tgk filem ni mesti tau babak gadis kampung ni, di paksa jadi hamba dan tinggal serumah dengan tuannya..dan kemudian gadis kampung ni mintak untuk kahwin.lepas kawin layan sbg hamba juga..apa da..senang2 je nak kawin pastu time kawin pun layan jadi hamba juga..hmm..

bila aku tgk movie ni, rasa benci kt pelakon tu pun ada juga untuk certain scene macam scene marah,tegking2 dan pukul-memukul. tapi ini movie je..bukan betul. boleh kata menjadi juga lakonan pelako-pelakon tu utk scene yg aku sebutkn tu..sebab tu menang award kn2?hihi..macam mana dengan part menangis? aku menangis ke? uii..mestilah MENANGIS..haha..tapi tak lah mengalir mcm air sungai atau air terjun.janji keluar air mata.haha..kenapa menangis? dah ada org ckp ada part nangis aku nangis kt part menangis tu..tak gitu? adoi..ni feeling masing2 la..aku nangis sebab aku pun feel jgk tgk cite ni.kalau tak feel, kosonglh jiwa ku. ku bukan jiang ok.

apa pun, aku hanya boleh katakan Ombak Rindu TAK BEST sebab jalan cerita yang panjang dan penantian utk scene seterusnya yang lambat sehingga scene yang tak patut/tak penting ditayangkan..memang ini filem romantik dan perasaan cinta/sayang memang ada dalam diri aku..aku pun manusia juga ingin mencintai dan dicintai..jangan ckp aku tak ada perasaan pula bila tgk movie ni..last but not least..aku ingin katakan sini sokonglah filem Malaysia. sekarang ni filem Malaysia dh best dh..seronok2..

0 comments: (+add yours?)