P.Ramlee tiada pengganti..

0 comments

Hari ini, 29 Mei 2012 genap 39 tahun pemergian seorang insan seni yang bernama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Hampir 40 tahun beliau meninggalkan kita dan masih dikenang sehingga kini. siapa tak kenal P.Ramlee.beliau lah pelakon, pelawak,penyanyi,komposer,penerbit,pengarah dan macam2 lagi..generasi sekarang pun kenal gara2 filem2 dia banyak kali dimainkan di TV. kira generasi sekarang boleh dikatakan pangkat cicit (generasi ke-4) pun kenal P.Ramlee. sampai bila-bila jasa dan pengorbanan P.Ramlee masih dikenang. ketika hayat beliau, beliau tidak diendahkan oleh masyarakat tetapi lain pula setelah beliau meninggalkan kita semua. lagu2 dan filem2 lakonan dan arahan beliau terus dimainkan. pasti korg semua tak jemu2 nk tgk filem2 P.Ramlee kan walaupun dh tgk byk kali dan dh hafal segala dialog dan jalan cerita. aku pun macam tu juga tak pernah jemu nk tgk filem2 P.Ramlee walaupun dh tgk banyak kali, dh hafal jalan cerita dan dialog2 dia.

Salah satu filem Allahyarham yang menjadi kegemaran aku ialah Ibu Mertuaku. Kenapa? huhu..sebab jalan cerita dia pasal seorang ibu tak setuju anak dia memilih ahli muzik sebagai calon suami. Lain daripada tu, dialog dia pun menarik juga. antara dialog2 yang aku rasa kita dah lali sgt adalah seperti:







sila tgk video atas ni start 8:08 sampai habis

Tidak dilupakan juga lagu2 dalam filem tersebut seperti Jangan Tinggal Daku, Jeritan Batinku dan Dimana kan Ku Cari Ganti adalah antara favourite aku. Kalaunak tau lagu2 yang aku sebtkan tu, carilah kt youtube.ahaha..Hari Seniman juga telah diwujudkan beberapa tahun lps dimana ia jatuh pada tarikh 29 Mei dan akan diingat sebagai hari pemergian seorang insan bernama P.Ramle.

Oh My English!

0 comments

Assalamualaikum my dear readers..based on the title of today's post I think everybody knows that it was taken from a TV program in Astro channel. Well the main thing is, I just want to show you guys the incorrect sentences or words that usually used by us. Honestly I am not really good in English and why not I just share with you guys. Maybe you did not realize that you are also make a same mistake. In Malaysia, English has been a second language after Bahasa Malaysia since before we get indipendant from British until now. Even though Bahasa Malaysia is the main language in Malaysia, it is not a problem for us to learn and speak English very well. Let's move on to next paragraph. I would like to show you the mistakes that usually made by us especially Malaysian and Singaporean.

  • There is no such things as word 'lah' in English. We do love to add this word whenever we talk each other especially people in Malaysia and Singapore. This word only exist in Bahasa Malaysia.. Example:
          "Are you comming for a dinner tonight?"
          "Of courselah"

           The sentece above with the word 'lah' is INCORRECT

  • Repetetive word. I guess you don't understand meaning of repetetive word. Let see this example that shows a mistake usually made by us:
          Ali: Hello, can I speak to Alice.
          Mrs Chong: Sorry, she is not at home.
                             May I know who is on the line?
          Ali: I'm Ali, Alice's friend.
          Mrs Chong: I'm sorry.
                             I'm a little bit deaf. Could you repeat again?
          Ali: ???

What is the mistake that you can see form the dialogue above? Yes, the word "repeat" and "again". Why do you need to use these words together. We already use the word "repeat" and don't even need the second word "again". The sentence from Mrs Chong's dialogue is totally WRONG. So, the CORRECT sentence for this is:

Pardon me? (This sentence can be use if a person is not clear of what a person trying to say. Yes it is suitable to replace the incorrect sentence from the dialogue above)

          or
       
I'm sorry. I'm a little bit deaf. Could you repeat what are you just saying just now?

  • Word "open" and "switch on"
Situation- It is sunny day, and James feels hot. While he was study during the sunny day, James saw Wong sits beside the table fan and ask him to switch on the fan. But the dialogue goes like this.
         
          James: Wong, can you open the fan for me.
          Wong: Open? Sure..
         
With no argument, Wong dismental the fan by using screw driver and even the plug. James feel surprise to see it as he thinks Wong did not understand his order. It is not Wong's mistake. It is your mistake James. You said the wrong word.

         Wong, can you open the fan for me?---->INCORRECT
         Wong, can you switch on the fan for me?--->CORRECT

Alright guys. Thats all that I can share with you guys of learning the right English. If there is something new that sounds interesting, I will post it at my blog. Once again I admit that I'm not really good in English, but this not prevent me to share some knowledge like what I posted here. I admit, I also not an Englsih teacher. Guys, English is important for us. Yes, we do have our main language in Malaysia as for me both languages are important. The way to speak and understand English better is reading newspapers,magazines,story books,read news from internet, speak English with other people not only with foreigners or different races (I do speak English with my lecturer when I was a student. No matter we have a same or different races), watching English movies, drama, TV program, news, tune in English radio channel and get used to hear Engslish songs (sometimes it works ok). See you again next time Insyallah..bye

Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia

2 comments

 
*Gambar ihsan dari fanpage Facebook Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia
  
Assalamualaikum to all my readers..last Sunday I went to a book store located in one of shopping complex in KL. yeah..since I already entered the book store, kenapa tidak cari buku yang menarik perhatian aku since asyik tengok kt page Facebook yang bertajuk "Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia". Sebenarnya ada page ni di Facebook dan tujuan page ini dibuka juga bertujuan untuk mempromosikan buku tersebut. Dengar tajuk pun dah menarik perhatian kita untuk mengetahui lebih mendalam kenapa Malaysia masih belum layak ke Piala Dunia. Well, last weekend, aku sudah pun membeli buku tersebut dan alhamdulillah sudah pun habis baca buku ni pada hari ini. Kepada yang belum memiliki buku ni, boleh dapatkan di mana-mana kedai buku utama yang berhampiran. Tak kira lah MPH, Borders, Kinokuniya dan Popular semua ada tetapi bergantung pada nasib kerana jualan buku ni dengar cerita laris macam goreng pisang panas. Buku ni boleh dibaca oleh semua golongan sebagai rujukan di mana ia menceritakan keputusan perlawanan, siapa pemain terlibat dan macam-macam lagi. tak tebal mana pun buku ni.

Sedikit sinopsis mengenai buku ni. Umum sudah pun tahu, yang Malaysia belum pernah bermain di Piala Dunia. Ini juga hanya angan-angan yang entah bila kita akan dapat lihat pasukan bola sepak Malaysia yang digelar Harimau Malaya ni bermain di Piala Dunia dan menjadi salah satu daripada 32 negara yang bertanding di Piala Dunia. Peringkat paling tinggi yang pernah dicapai oleh Harimau Malaya adalah Olimpik pada tahun 1972 dan 1980. Sebelum menjadi antara 32 negara yang bertanding di Piala Dunia, peringkat kelayakan Piala Dunia harus ditempuhi setiap benua di bumi ni. Sudah semestinya laluan menjadi sukar terutama negara-negara di benua Asia kerana Asia adalah benua paling besar di dunia. Slot untuk negara Asia ke Piala Dunia juga sangat terhad. Pasukan Harimau Malaya tidak terkecuali untuk bertanding di peringkat kelayakan bermula kelayakan Piala Dunia 1974. Kenapa mula tahun 1974? kenapa tidak lebih awal lagi? sebenarnya keyakinan pasukan Harimau Malaya bermula setelah berjaya melayakan diri ke sukan Olimpik pada tahun 1972. kenapa tidak mencuba untuk Piala Dunia pula. Sehingga kini sudah 40 tahun Malaysia kempunan untuk ke Piala Dunia. bermula zaman arwah Datuk Mokhtar Dahari hingga ke Safee Sali. Apa pun jangan mengalah kerana sehingga kini, belum ada satu pun negara dari Asia Tenggara yang tersenarai dalam 32 negara di Piala Dunia.

Sebenarnya panjang lagi nak cerita tapi tak perlu aku cerita kat sini sebab nnti mesti korang tak nak beli buku ni kan. sinopsis yang aku cerita tu pun tak lah sama dalam buku tu. itu pun just review apa yang telah aku baca. diharap korang akan membeli buku ni dan harga dia memang berpatutan. aku bangga kerana buku ini diterbitkan kerana sekurang-kurangnya kita tahu disebalik cerita Harimau Malaya tidak ke Piala Dunia. diharap penulis buku ini Lucius Maximus dapat teruskan menulis buku sebegini sebagai pengajaran kepada pengurusan. Sekian.

Yuna-Island

0 comments


You’re an island
I’m just a little boat
I’m heading somewhere

I dont even know
Hope you dont mind me stopping by your shore
Come with me and you’ll never be alone

Open up your heart to me
We’ll explore the seven seas
Sail away and find your dreams
And if you drown I’ll help keep your head up
And if you drown I’ll help keep your head up
to breath

You will lead the way
I’ll be battle storm
We can let the waves tell us where to go
We can always do anything you want
We will try to capture the natural love

Open up your heart to me
We’ll explore the seven seas

Sail away and find your dreams
And if you drown I’ll help keep your head up
And if you drown I’ll help keep your head up
to breath

Yuna - Live Your Life

0 comments


Find your light 
Don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more
Live if you really want to

All my life I’ve been looking for something amazing
It’s almost like I’ve been stargazing
The sky is right above me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to

(Chorus)

All my life my dreams just seemed so far away
And now it’s like they’re here to stay
I hold it close to me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to

(Chorus) x2

Status di Facebook

1 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera readers sekalian. Syukur pada Allah SWT kerana hari ini aku dapat luangkan masa sedikit untuk berblog. hari ni sahaja kalau tak silap dah masuk tiga tajuk yang aku post (termasuk post ini). selari dengan arus peredaran zaman, kini kita boleh berblog untuk meluahkan atau memberitahu fakta2 kepada umum berbanding zaman dulu yang hanya bergantung pada pen, kertas atau buku kosong/diari. kalau tak silap Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai  pengguna Facebook yang paling ramai di dunia.. Facebook iaitu laman sosial yang boleh kita berhubung dengan rakan yang dikenali mahupun tidak menerusi internet. semua ada Facebook kan? apa? tak ada? ok tak ada masalah sebenarnya kalau seseorang individu tu tak ada Facebook. itu hak masing2 dan masing2 ada sebab tersendiri mengapa tidak mahu buka akaun Facebook. individu yang tak ada Facebook tidak perlu lah dianggap ketinggalan zaman atau kuno..biarkanlah dia dengan dunia sendiri. tidak ada mana2 peraturan di dunia yang mewajibkan semua orang memiliki Facebook. ada juga negara yang telah mengaharamkan Facebook di negara mereke seperti di China dan UAE (tolong betulkan fakta ini jika salah). sebab itu jika ke negara tersebut kita tidak akan dapat buka laman Facebook.

memang tidak dinafikan kanak2 zaman kini sudah bijak dengan penggunaan komputer disebabkan penggunaannya kini yang sangat luas yang bermula daripada golongan dewasa. ada sebahagian golongan kanak2 juga tidak ketinggalan untuk memiliki Facebook sendiri. wah2..kecik2 dah ada Facebook. tetapi harus diingat, golongan ibu bapa harus memantau anak2 mereka menggunakan Facebook kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. golongan remaja sekolah juga tidak ketinggalan memiliki akaun Facebook. jadi tiada had umur yang memerlukan seseorang untuk memiliki akaun Facebook. Sebelum kewujudan Facebook, Friendster adalah laman sosial yang paling popular pada tahun 2000an. aku mula memiliki akaun Friendster pada usia 18 tahun dimana peraturan untuk memilik akaun Friendster adalah 18 tahun. itu hanya peraturan je..kawan2 sekolah aku yang aku add as friend dulu sudah ada akaun Friendster semasa bersekolah lagi. aku je tak ada..maklumlah komputer tak ada, internet lagi lah tak ada masa aku bersekolah dulu..dah masuk universiti baru nk mengorak langkah. kini Friendster hanya tinggal kenangan sejak munculnya Facebook.

sejak aku memiliki akaun Facebook bermula empat tahun yang lalu, ada je request friend daripada golongan kanak2 dan remaja yang masih bersekolah. yang request tu pun sedara mara aku la dan aku accept request mereka. sejak itu juga golongan yang selalu update status di Facebook adalah golongan dewasa sahaja. kanak2 dan remaja pula jaran2 yg update status. huhu..kepada anda semua yang sentiasa rajin update status di Facebook, hati2 dengan apa yang ada update tu. ini kerana ada kalanya ia menyentuh sensitiviti kawan2 anda dalam friendlist anda. bagi yang bekerjaya pula usahlah update status yang menunjukkan perasaan marah anda pada majikan kerana peluang untuk dibuang kerja adalah sangat mudah hanya kerana status di Facebook. itulah sapa suruh add boss korg jadi friend dalam Facebook. kalau dia send request pun jangan accept. hahaha..

sejak kemunculan Facebook juga, ia adalah medan untuk golongan orang ternama seperti artis akan update status mereka di Facebook untuk meluahkan rasa tidak puas hati bukan sahaja pada seseorang malah situasi yang berlaku di sekeliling. bagi aku ini adalah cara yang tidak professional untuk artis melakukan perkara sebegini. peminat2 anda akan sentiasa membaca status anda dan mungkin membuat andaian yang salah selepas membaca status di Facebook anda. jika orang awam tidak mengapa melakukan perkara sedemikian tetapi harus berpada-pada dengan apa yang di taipkan di status Facebook masing-masing. even though u can update anything u want because it is u're Facebook, u might hurt other people's feeling. it might be your parents or your own family. aku pernah di marahi oleh keluarga aku sendiri kerana status aku di Facebook. tak perlu aku cerita apa yang beralaku sebab ini cerita lama dan keluarga aku pun dah maafkan aku. I learn from a lesson. apa jua yg korg update status di Facebook, ramai orang yang membacanya lebih2 lagi jika korg mempunyai ramai kawan dalam friendlist korg.

lebih baik anda update status lebih kepada motivasi mahupun petikan hadis atau ayat Al-Quran (bagi yang beragama Islam). harus berhati2 juga jika nak update status dengan letak petikan hadis atau ayat Al-Quran, kerana ada kalanya petikan itu tidak sama seperti yang sebenar. oleh it gunakanlah Facebook dengan sebaik mungkin. sekian wasalam..

Aku Suka Dia - Ainan Tasneem

2 comments


Aku baru sahaja mendengar lagu seperti video atas ni di radio baru-baru ni. aku mula fikir siapa penyanyi dia..selepas tamat lagu ni dimainkan, penyampai radio menyebut nama penyayi dan tajuk lagu. baru ku tahu siapa dia walaupun masih tak kenal dan tak pernah melihat wajahnya.penyampai radio tu pun tak lupa menyebut penyanyi ni adalah bakat baru dari laman youtube..aku pun pergi ke laman youtube dan search nama penyanyi ni beserta tajuk lagu yg baru aku dgr melalui radio. sungguh aku terkejut selepas searching nama penyanyi ini..ayu dan manis orgnya..hehe..gadis bertudung rupanya seperti Najwa Latiff. kini memang sudah menjadi trend orang ramai menggunakan youtube sebagai tempat untuk mereka menunjukkan bakat mereka dalam pelbagai bidang antaranya nyanyian, bermain gitar, membuat vlog (contoh rujukan mat lutfi) dan macam2 lagi. bila dah ada artis2 lain yang menonton video ciptaan orang ramai ni, tawaran untuk berduet dan pembikinan album pun dibuka. alright. sini kita fokus pada insan yg gunakan youtube dalam bidang nyanyian sahaja since ramai penyanyi yg wujud kini asalanya menyanyi melalui rekod video dan upload ke youtube.

Di Malaysia pun ramai juga artis yang bermula menyanyi di hadapan kamera dan upload video ke laman sesawang. bermula dengan Yuna, dia hanya menyanyi sambil bermain gitar di hadapan kamera video dan upload ke myspace milik beliau sendiri. melalui medium ini, beliau mudah mendapat tawaran untuk menjadi artis dan kini beliau berjaya mencipta nama di luar negara. artis/komposer luar negara tertarik dengan beliau selepas menonton video nyanyian Yuna di myspace. berpenampilan bertudung tidak menghalang beliau untuk mencapai cita-citanya. antara artis2 lain yang mengikut langkah seperti Yuna adalah Zee Avi, Ana Rafali (mungkin), Najwa Latiff dan yang terbaru Ainan Tasneem. Zee Avi, Ana Rafali, Najwa Latiff dan Ainan Tasneem menggunakan youtube sebagai medium untuk mereka menunjukkan bakat mereka menyanyi sambil bermain alat muzik mereka sendiri iaitu gitar. Najwa Latiff yang mula popular selepas single pertama ciptaan dia sendiri, Cinta Muka Buku menjadi siulan orang ramai tanpa mengira usia. dalam usia yang masih muda dan berpenampilan bertudung seperti Yuna, gadis kecil molek ini sudah mula mengorak langkah dengan mencipta dua lagi lagu hit dan masih dimainkan di radio iaitu Carta Hati dan Kosong. kini langkah beliau mula diikuti oleh seorang pendatang baru iaitu Ainan Tasneem. penampilan gadis ini juga sama seperti Yuna dan Najwa Latiff iaitu bertudung dan gitar mereka sentiasa di sisi malah mampu mencipta lagu sendiri. lagu Ainan Tasneem masih dimainkan di radio bertajuk Aku Suka Dia..lagu ini masih baru lagi dan harap ia akan menjadi hits selepas ini. apa pun korang enjoy menonton video Ainan Tasneem ni sambil meneliti lirik lagu dia di bawah ni. Sekian.

Aku lihat dia disana

Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

Universal Studios Singapore

0 comments

Assalamualaikum my blog readers..yeah..every year on 1st May mesti lah cuti umum yg dikenali sebagai Hari Buruh ataupun in English we call it as Labour Day. So how was your holiday? syok? tak cukup cuti?ok2..well, this year my Labour Day holiday was the best. Sebabnya aku bercuti ke luar negara..luar negara? mana? europe? amerika?oh..no..Singapore je..hahaha..ok..cuti baru2 ni memang puas hati sebab agak lama aku bercuti dari hari sabtu (28 april) sampai hari selasa (1 Mei) walaupun aku ke Singapore pada 29 April iaitu hari ahad hingga 1 Mei. oklah tu..dalam post kali ni aku hanya nak selitkan beberapa gambar ketika aku berada di Universal Studios Singapore (USS) dan perjalanan aku ke Singapore sahaja (kalau nk tgk byk gambar aku di Universal Studios, boleh pergi ke Facebook aku ye). tak perlu aku nak ceritakan pasal trip aku ke Singapore sebab biasa2 Singapore ni plus tajuk post kali ni pun Universal Studios Singapore takkan nk cerita lain pula kan. kalau nak cerita pengalaman di USS pun tak boleh nak cerita panjang. silap2 memang tak habis la..hehe..

untuk pengetahuan anda semua, ini adalah kali ketiga aku ke Singapore. 1st visit masa umur 1-2 tahun walaupun ketika tu hanya ke zoo Singapore bersama abang2 dan sedara-mara aku.waktu tu ayah aku keja di Skudai, Johor. walaupun hanya singgah je tapi kira jejak kaki ke Singapore juga kan. Kali kedua pula adalah ketika aku umur 14 tahun. skola lg masa tu..pegi time cuti skola..gmbr2 ada aku selitkan dalam post Gambar masa zaman sekolah or zaman remaja suatu ketika dulu. dan baru2 ni pula adalah lawatan ketiga aku ke Singapore.

Pada 29 April (Ahad) aku bertolak ke Singapore bersama parents aku dengan pesawat Air Asia. Kami berlepas di LCCT pada awal pagi kira2 pukul 8 pagi dan tiba di Changi airport, Singapore 1 jam kemudian. ye..hanya 1 jam je naik kapal terbang ke Singapore. cukup untuk tidur bagi aku yang tak cukup tidur waktu tu..sampai di Changi Airport, naik teksi ke hotel di Orchard Road. then rehat, jalan2 sekitar Orchard Road, naik tour bus jalan2 sekitar bandar Singapore. balik rehat.

30 April (Isnin) aku dan parents aku bertolak ke USS dari hotel kira2 pukul 8-9 pagi. cuaca ketika itu pula hujan dan kami ke sana dengan tour bus yang sama kami naiki semalam. tiket USS pun sudah dibeli semalam dengan syarikat tour bus tersebut. ramai juga orang yg menyertai kami ke sana. ketika dalam perjalanan ke USS, aku terlena juga di dalam bas. nasib baik sekejap je terlena dan akhirnya kami sampai ke USS. tibanya kami di USS, ia ibarat mimpi aku menjadi kenyataan..sungguh tak percaya aku tiba juga di USS.

Tempat yang selalu org nak bergambar

Termasuklah aku

Huhu..with the Marilyn Monroe..aku suka pic ni..tak tau kenapa

dan pemenangnya adalah...aku..haha..dengan trofi Oscar yg fake. seriously ada jual menda ni kt USS.
dan aku pun beli juga

Hampir setengah hari aku dan parents aku menghabiskan masa di USS. nasib baik hujan dah berenti masa kami tiba di USS. merata-rata tempat kami pergi dan most of time kami pergi secara berasingan ketika tiba di USS. memang ramai pengunjung. next day kn cuti..bila dah petang baru kami pulang ke hotel. huhu..penat..balik rehat pack brg sbb esoknya nk balik Malaysia.

1 Mei (selasa) kami bersiap2 nk pulang ke Malaysia lepas breakfast. hampir pukul 10 kami klua hotel ke Changi Airport dan flight kami pukul 12.30 tgh hari. tiba di LCCT kira2 1/2 jam je..

begitulah ceritanya percutian aku ke Singapore terutama skali ke USS. sebenarnya Universal Studios ni asalnya wujud ni Amerika iaitu di Florida dan Los Angeles. dan tempat ni juga diwujudkan sekali di negara Asia iaitu di Jepun (Osaka) dan terbaru di Singapore. begitu juga dengan Disneyland. mula2 wujud di Los Angeles dan Florida. kemudian ia mula diwujudkan antaranya di France (Paris) dan Jepun (Tokyo). jadi tak perlulah bersusah payah org Asia hendak ke taman tema sebegini yang asalnya wujud di Amerika. walaupun taman tema tersebut keluasannya adalah kecil di negara Asia, tetapi suasananya tetap sama. walaupun aku tidak dapat merasa ke Disneyland dan Universial Studios di Amerika, aku tetap gembira sebab dapat pergi kedua-dua taman tema tersebut yang terletak di negara Asia. aku berpeluang ke Disneyland Tokyo dan Universal Studios Singapore pun dah kira bersyukur..orang lain mungkin akan lebih terkilan sebab hanya dapat melihat tempat2 begini di TV mahupun internet. well, that's all from me. hope u enjoy reading this post. next vacation (start kumpul duit) insyallah, Gold Coast Melbourne Australia. nak jumpa Batman, Superman dan beberapa superhero from DC comics.