*Gambar ihsan dari fanpage Facebook Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia
Assalamualaikum to all my readers..last Sunday I went to a book store located in one of shopping complex in KL. yeah..since I already entered the book store, kenapa tidak cari buku yang menarik perhatian aku since asyik tengok kt page Facebook yang bertajuk "Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia". Sebenarnya ada page ni di Facebook dan tujuan page ini dibuka juga bertujuan untuk mempromosikan buku tersebut. Dengar tajuk pun dah menarik perhatian kita untuk mengetahui lebih mendalam kenapa Malaysia masih belum layak ke Piala Dunia. Well, last weekend, aku sudah pun membeli buku tersebut dan alhamdulillah sudah pun habis baca buku ni pada hari ini. Kepada yang belum memiliki buku ni, boleh dapatkan di mana-mana kedai buku utama yang berhampiran. Tak kira lah MPH, Borders, Kinokuniya dan Popular semua ada tetapi bergantung pada nasib kerana jualan buku ni dengar cerita laris macam goreng pisang panas. Buku ni boleh dibaca oleh semua golongan sebagai rujukan di mana ia menceritakan keputusan perlawanan, siapa pemain terlibat dan macam-macam lagi. tak tebal mana pun buku ni.
Sedikit sinopsis mengenai buku ni. Umum sudah pun tahu, yang Malaysia belum pernah bermain di Piala Dunia. Ini juga hanya angan-angan yang entah bila kita akan dapat lihat pasukan bola sepak Malaysia yang digelar Harimau Malaya ni bermain di Piala Dunia dan menjadi salah satu daripada 32 negara yang bertanding di Piala Dunia. Peringkat paling tinggi yang pernah dicapai oleh Harimau Malaya adalah Olimpik pada tahun 1972 dan 1980. Sebelum menjadi antara 32 negara yang bertanding di Piala Dunia, peringkat kelayakan Piala Dunia harus ditempuhi setiap benua di bumi ni. Sudah semestinya laluan menjadi sukar terutama negara-negara di benua Asia kerana Asia adalah benua paling besar di dunia. Slot untuk negara Asia ke Piala Dunia juga sangat terhad. Pasukan Harimau Malaya tidak terkecuali untuk bertanding di peringkat kelayakan bermula kelayakan Piala Dunia 1974. Kenapa mula tahun 1974? kenapa tidak lebih awal lagi? sebenarnya keyakinan pasukan Harimau Malaya bermula setelah berjaya melayakan diri ke sukan Olimpik pada tahun 1972. kenapa tidak mencuba untuk Piala Dunia pula. Sehingga kini sudah 40 tahun Malaysia kempunan untuk ke Piala Dunia. bermula zaman arwah Datuk Mokhtar Dahari hingga ke Safee Sali. Apa pun jangan mengalah kerana sehingga kini, belum ada satu pun negara dari Asia Tenggara yang tersenarai dalam 32 negara di Piala Dunia.
Sebenarnya panjang lagi nak cerita tapi tak perlu aku cerita kat sini sebab nnti mesti korang tak nak beli buku ni kan. sinopsis yang aku cerita tu pun tak lah sama dalam buku tu. itu pun just review apa yang telah aku baca. diharap korang akan membeli buku ni dan harga dia memang berpatutan. aku bangga kerana buku ini diterbitkan kerana sekurang-kurangnya kita tahu disebalik cerita Harimau Malaya tidak ke Piala Dunia. diharap penulis buku ini Lucius Maximus dapat teruskan menulis buku sebegini sebagai pengajaran kepada pengurusan. Sekian.
2 comments: (+add yours?)
Sorry mencelah,tapi sebenarnya Indonesia pernah layak ke Piala Dunia 1938.seriously(x caye cek kat Wikipedia)
Bkan Indonesia tapi negara Poland... Bendera mereka hampir sama kan
Post a Comment