Assalamualaikum & salam sejahtera readers sekalian. Syukur pada Allah SWT kerana hari ini aku dapat luangkan masa sedikit untuk berblog. hari ni sahaja kalau tak silap dah masuk tiga tajuk yang aku post (termasuk post ini). selari dengan arus peredaran zaman, kini kita boleh berblog untuk meluahkan atau memberitahu fakta2 kepada umum berbanding zaman dulu yang hanya bergantung pada pen, kertas atau buku kosong/diari. kalau tak silap Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai pengguna Facebook yang paling ramai di dunia.. Facebook iaitu laman sosial yang boleh kita berhubung dengan rakan yang dikenali mahupun tidak menerusi internet. semua ada Facebook kan? apa? tak ada? ok tak ada masalah sebenarnya kalau seseorang individu tu tak ada Facebook. itu hak masing2 dan masing2 ada sebab tersendiri mengapa tidak mahu buka akaun Facebook. individu yang tak ada Facebook tidak perlu lah dianggap ketinggalan zaman atau kuno..biarkanlah dia dengan dunia sendiri. tidak ada mana2 peraturan di dunia yang mewajibkan semua orang memiliki Facebook. ada juga negara yang telah mengaharamkan Facebook di negara mereke seperti di China dan UAE (tolong betulkan fakta ini jika salah). sebab itu jika ke negara tersebut kita tidak akan dapat buka laman Facebook.
memang tidak dinafikan kanak2 zaman kini sudah bijak dengan penggunaan komputer disebabkan penggunaannya kini yang sangat luas yang bermula daripada golongan dewasa. ada sebahagian golongan kanak2 juga tidak ketinggalan untuk memiliki Facebook sendiri. wah2..kecik2 dah ada Facebook. tetapi harus diingat, golongan ibu bapa harus memantau anak2 mereka menggunakan Facebook kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. golongan remaja sekolah juga tidak ketinggalan memiliki akaun Facebook. jadi tiada had umur yang memerlukan seseorang untuk memiliki akaun Facebook. Sebelum kewujudan Facebook, Friendster adalah laman sosial yang paling popular pada tahun 2000an. aku mula memiliki akaun Friendster pada usia 18 tahun dimana peraturan untuk memilik akaun Friendster adalah 18 tahun. itu hanya peraturan je..kawan2 sekolah aku yang aku add as friend dulu sudah ada akaun Friendster semasa bersekolah lagi. aku je tak ada..maklumlah komputer tak ada, internet lagi lah tak ada masa aku bersekolah dulu..dah masuk universiti baru nk mengorak langkah. kini Friendster hanya tinggal kenangan sejak munculnya Facebook.
sejak aku memiliki akaun Facebook bermula empat tahun yang lalu, ada je request friend daripada golongan kanak2 dan remaja yang masih bersekolah. yang request tu pun sedara mara aku la dan aku accept request mereka. sejak itu juga golongan yang selalu update status di Facebook adalah golongan dewasa sahaja. kanak2 dan remaja pula jaran2 yg update status. huhu..kepada anda semua yang sentiasa rajin update status di Facebook, hati2 dengan apa yang ada update tu. ini kerana ada kalanya ia menyentuh sensitiviti kawan2 anda dalam friendlist anda. bagi yang bekerjaya pula usahlah update status yang menunjukkan perasaan marah anda pada majikan kerana peluang untuk dibuang kerja adalah sangat mudah hanya kerana status di Facebook. itulah sapa suruh add boss korg jadi friend dalam Facebook. kalau dia send request pun jangan accept. hahaha..
sejak kemunculan Facebook juga, ia adalah medan untuk golongan orang ternama seperti artis akan update status mereka di Facebook untuk meluahkan rasa tidak puas hati bukan sahaja pada seseorang malah situasi yang berlaku di sekeliling. bagi aku ini adalah cara yang tidak professional untuk artis melakukan perkara sebegini. peminat2 anda akan sentiasa membaca status anda dan mungkin membuat andaian yang salah selepas membaca status di Facebook anda. jika orang awam tidak mengapa melakukan perkara sedemikian tetapi harus berpada-pada dengan apa yang di taipkan di status Facebook masing-masing. even though u can update anything u want because it is u're Facebook, u might hurt other people's feeling. it might be your parents or your own family. aku pernah di marahi oleh keluarga aku sendiri kerana status aku di Facebook. tak perlu aku cerita apa yang beralaku sebab ini cerita lama dan keluarga aku pun dah maafkan aku. I learn from a lesson. apa jua yg korg update status di Facebook, ramai orang yang membacanya lebih2 lagi jika korg mempunyai ramai kawan dalam friendlist korg.
lebih baik anda update status lebih kepada motivasi mahupun petikan hadis atau ayat Al-Quran (bagi yang beragama Islam). harus berhati2 juga jika nak update status dengan letak petikan hadis atau ayat Al-Quran, kerana ada kalanya petikan itu tidak sama seperti yang sebenar. oleh it gunakanlah Facebook dengan sebaik mungkin. sekian wasalam..
1 comments: (+add yours?)
bdak2 zaman skg nie lg pro dr kita yg dewasa..
done follow u..
jemput singgah:
http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/05/makluman-utk-bakal-pelajar-uitm.html
Post a Comment