Assalamualaikum my blog readers..yeah..every year on 1st May mesti lah cuti umum yg dikenali sebagai Hari Buruh ataupun in English we call it as Labour Day. So how was your holiday? syok? tak cukup cuti?ok2..well, this year my Labour Day holiday was the best. Sebabnya aku bercuti ke luar negara..luar negara? mana? europe? amerika?oh..no..Singapore je..hahaha..ok..cuti baru2 ni memang puas hati sebab agak lama aku bercuti dari hari sabtu (28 april) sampai hari selasa (1 Mei) walaupun aku ke Singapore pada 29 April iaitu hari ahad hingga 1 Mei. oklah tu..dalam post kali ni aku hanya nak selitkan beberapa gambar ketika aku berada di Universal Studios Singapore (USS) dan perjalanan aku ke Singapore sahaja (kalau nk tgk byk gambar aku di Universal Studios, boleh pergi ke Facebook aku ye). tak perlu aku nak ceritakan pasal trip aku ke Singapore sebab biasa2 Singapore ni plus tajuk post kali ni pun Universal Studios Singapore takkan nk cerita lain pula kan. kalau nak cerita pengalaman di USS pun tak boleh nak cerita panjang. silap2 memang tak habis la..hehe..
untuk pengetahuan anda semua, ini adalah kali ketiga aku ke Singapore. 1st visit masa umur 1-2 tahun walaupun ketika tu hanya ke zoo Singapore bersama abang2 dan sedara-mara aku.waktu tu ayah aku keja di Skudai, Johor. walaupun hanya singgah je tapi kira jejak kaki ke Singapore juga kan. Kali kedua pula adalah ketika aku umur 14 tahun. skola lg masa tu..pegi time cuti skola..gmbr2 ada aku selitkan dalam post Gambar masa zaman sekolah or zaman remaja suatu ketika dulu. dan baru2 ni pula adalah lawatan ketiga aku ke Singapore.
Pada 29 April (Ahad) aku bertolak ke Singapore bersama parents aku dengan pesawat Air Asia. Kami berlepas di LCCT pada awal pagi kira2 pukul 8 pagi dan tiba di Changi airport, Singapore 1 jam kemudian. ye..hanya 1 jam je naik kapal terbang ke Singapore. cukup untuk tidur bagi aku yang tak cukup tidur waktu tu..sampai di Changi Airport, naik teksi ke hotel di Orchard Road. then rehat, jalan2 sekitar Orchard Road, naik tour bus jalan2 sekitar bandar Singapore. balik rehat.
30 April (Isnin) aku dan parents aku bertolak ke USS dari hotel kira2 pukul 8-9 pagi. cuaca ketika itu pula hujan dan kami ke sana dengan tour bus yang sama kami naiki semalam. tiket USS pun sudah dibeli semalam dengan syarikat tour bus tersebut. ramai juga orang yg menyertai kami ke sana. ketika dalam perjalanan ke USS, aku terlena juga di dalam bas. nasib baik sekejap je terlena dan akhirnya kami sampai ke USS. tibanya kami di USS, ia ibarat mimpi aku menjadi kenyataan..sungguh tak percaya aku tiba juga di USS.
Tempat yang selalu org nak bergambar
Termasuklah aku
Huhu..with the Marilyn Monroe..aku suka pic ni..tak tau kenapa
dan pemenangnya adalah...aku..haha..dengan trofi Oscar yg fake. seriously ada jual menda ni kt USS.
dan aku pun beli juga
Hampir setengah hari aku dan parents aku menghabiskan masa di USS. nasib baik hujan dah berenti masa kami tiba di USS. merata-rata tempat kami pergi dan most of time kami pergi secara berasingan ketika tiba di USS. memang ramai pengunjung. next day kn cuti..bila dah petang baru kami pulang ke hotel. huhu..penat..balik rehat pack brg sbb esoknya nk balik Malaysia.
1 Mei (selasa) kami bersiap2 nk pulang ke Malaysia lepas breakfast. hampir pukul 10 kami klua hotel ke Changi Airport dan flight kami pukul 12.30 tgh hari. tiba di LCCT kira2 1/2 jam je..
begitulah ceritanya percutian aku ke Singapore terutama skali ke USS. sebenarnya Universal Studios ni asalnya wujud ni Amerika iaitu di Florida dan Los Angeles. dan tempat ni juga diwujudkan sekali di negara Asia iaitu di Jepun (Osaka) dan terbaru di Singapore. begitu juga dengan Disneyland. mula2 wujud di Los Angeles dan Florida. kemudian ia mula diwujudkan antaranya di France (Paris) dan Jepun (Tokyo). jadi tak perlulah bersusah payah org Asia hendak ke taman tema sebegini yang asalnya wujud di Amerika. walaupun taman tema tersebut keluasannya adalah kecil di negara Asia, tetapi suasananya tetap sama. walaupun aku tidak dapat merasa ke Disneyland dan Universial Studios di Amerika, aku tetap gembira sebab dapat pergi kedua-dua taman tema tersebut yang terletak di negara Asia. aku berpeluang ke Disneyland Tokyo dan Universal Studios Singapore pun dah kira bersyukur..orang lain mungkin akan lebih terkilan sebab hanya dapat melihat tempat2 begini di TV mahupun internet. well, that's all from me. hope u enjoy reading this post. next vacation (start kumpul duit) insyallah, Gold Coast Melbourne Australia. nak jumpa Batman, Superman dan beberapa superhero from DC comics.
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment