Aku baru sahaja mendengar lagu seperti video atas ni di radio baru-baru ni. aku mula fikir siapa penyanyi dia..selepas tamat lagu ni dimainkan, penyampai radio menyebut nama penyayi dan tajuk lagu. baru ku tahu siapa dia walaupun masih tak kenal dan tak pernah melihat wajahnya.penyampai radio tu pun tak lupa menyebut penyanyi ni adalah bakat baru dari laman youtube..aku pun pergi ke laman youtube dan search nama penyanyi ni beserta tajuk lagu yg baru aku dgr melalui radio. sungguh aku terkejut selepas searching nama penyanyi ini..ayu dan manis orgnya..hehe..gadis bertudung rupanya seperti Najwa Latiff. kini memang sudah menjadi trend orang ramai menggunakan youtube sebagai tempat untuk mereka menunjukkan bakat mereka dalam pelbagai bidang antaranya nyanyian, bermain gitar, membuat vlog (contoh rujukan mat lutfi) dan macam2 lagi. bila dah ada artis2 lain yang menonton video ciptaan orang ramai ni, tawaran untuk berduet dan pembikinan album pun dibuka. alright. sini kita fokus pada insan yg gunakan youtube dalam bidang nyanyian sahaja since ramai penyanyi yg wujud kini asalanya menyanyi melalui rekod video dan upload ke youtube.
Di Malaysia pun ramai juga artis yang bermula menyanyi di hadapan kamera dan upload video ke laman sesawang. bermula dengan Yuna, dia hanya menyanyi sambil bermain gitar di hadapan kamera video dan upload ke myspace milik beliau sendiri. melalui medium ini, beliau mudah mendapat tawaran untuk menjadi artis dan kini beliau berjaya mencipta nama di luar negara. artis/komposer luar negara tertarik dengan beliau selepas menonton video nyanyian Yuna di myspace. berpenampilan bertudung tidak menghalang beliau untuk mencapai cita-citanya. antara artis2 lain yang mengikut langkah seperti Yuna adalah Zee Avi, Ana Rafali (mungkin), Najwa Latiff dan yang terbaru Ainan Tasneem. Zee Avi, Ana Rafali, Najwa Latiff dan Ainan Tasneem menggunakan youtube sebagai medium untuk mereka menunjukkan bakat mereka menyanyi sambil bermain alat muzik mereka sendiri iaitu gitar. Najwa Latiff yang mula popular selepas single pertama ciptaan dia sendiri, Cinta Muka Buku menjadi siulan orang ramai tanpa mengira usia. dalam usia yang masih muda dan berpenampilan bertudung seperti Yuna, gadis kecil molek ini sudah mula mengorak langkah dengan mencipta dua lagi lagu hit dan masih dimainkan di radio iaitu Carta Hati dan Kosong. kini langkah beliau mula diikuti oleh seorang pendatang baru iaitu Ainan Tasneem. penampilan gadis ini juga sama seperti Yuna dan Najwa Latiff iaitu bertudung dan gitar mereka sentiasa di sisi malah mampu mencipta lagu sendiri. lagu Ainan Tasneem masih dimainkan di radio bertajuk Aku Suka Dia..lagu ini masih baru lagi dan harap ia akan menjadi hits selepas ini. apa pun korang enjoy menonton video Ainan Tasneem ni sambil meneliti lirik lagu dia di bawah ni. Sekian.
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia
2 comments: (+add yours?)
suka sangat dia ni . .
amal blogwalk here ok
belog ni, amal tengok tak ade HEARTBEAT
HEARTBEAT tu macam nuffnang, boleh dapat duit even dengan blog
meyh tengok tuto yang amal buat
http://sayacikamal.blogspot.com/2012/05/cara-daftar-heartbeat.html
suka jugak lagu ni :)
Post a Comment