Semalam(5/7/09) aku gi satu kedai gunting rambut kt sect 3 tambahan since rambut aku pn dh panjang sangat and klas pn nk start esoknya. Ni 1st time aku dtg kedai gunting ni. Apa yg menariknya psl kedai ni, 4 org tukang gunting nye pakain smart gile. hanya 3 org je pekerje yg pakai vest pastu dlm kedai tu x mcm kedai gunting yg biasa kita tgk. Cantik gila..fuh!. action figure pn diletakkan dlm almri kaca.
Yg xbleh blah owner kedai gunting ni siap ltk sijil diploma dlm bidang hairstylist(xtau dari akedemi mana) kt dinding. bleh tahan ramai jgk pelanggan yg dtg situ nk gunting rambut. owner kedai tu berpakaian agak rugged dimana kemeja dia tuck in dlm seluar jeans dan nampaklh tali pinggang kepala transformers dia. xlupa juga dia berkasut. jaga imej jgk dia ni. samalh dgn pekerja2 dia. bila giliran rambut aku dipotong, ownernye menjalankn tugas utk potong rambut aku.
tgh2 potong rambut aku, dia pn ckp rambut aku panjang sgt and tebal.hehe..aku pn ckplh aku dh 6 bulan xpotong rambut.sambil tu dia pn sikat sikit rambut aku yg belakang pastu bleh ukur rambut aku ni.katanya btul 6 bulan aku tak potong rambut.hehe..mmg ada diploma lh katakan. bleh plak wat ukuran panjang rambut dlm tempoh tertentu.hahaha..owner kedai gunting dan pekerja2 dia ni mmg mesra pelanggan especially kanak-kanak. mereka amik sticker kartun yg diorg simpan kt buku sticker dan letakkan di tangan kanak-kanak ni.
satu lg yg menarik ni ialah lps selesai keja gunting rambut, pelanggan akan bayar kepada owner ni kemudian cara owner ni bersalam dgn pelanggan dia selepas bayar adalah bersalaman dgn biasa dan diikuti dgn berlaga bahu. tp cara salam berlaga bahu ni dia wat kt org muda dgn reamaja je.hehehe..wah! giler rock btul owner ni.hehehe..nway..mmg best gi edai gunting ni.korg patut cuba gi kedai gunting ni bila korg nk potong rambut. Psl harga, aku xnk ckplh..depends pada korglh.
inilah kedai gunting yg akumaksudkan tu. sorilh. nama kedai ni aku lupa tp location dia sebelah klinik syi'fa.
Hasil selepas rambut aku dipotong.hehe
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment