Dua bulan lagi...

0 comments

We are almost at the end of January 2010. kejap je dh abis satu bulan untuk tahun 2010. kira2 dua bulan dari sekarang, insyallah aku akan tamat pengajian aku di uniten. apa perasaan aku bila dh hampir ke hujung pengajian? huh! nervous dan excited pn ada..mmg looking forward untuk habiskan pengajian di uniten. dlm kegembiraan aku yang akan tamat pengajian tidak lama lagi, sekarang aku tidak harus leka kerana mulai dari hari ini, aku perlu study kerana bagi aku tempoh lagi dua bulan ini patutnya aku mula persiapkan diri untuk final exam yang akan tiba hujung bulan Mac. lebih2 lagi subjek yang aku amik semester ini agak kritikal. hmm..ntahlah..aku harap korg doakan agar aku berjaya menamatkan pengajian aku ini tanpa ada sebarang halangan. sekian. jumpa dalam post yg akan datang.

p/s: sori. aku tak tau apa nk post untuk hari ini. tak ada idea lah..

New template and great news

0 comments

Alright ada dua story kat sini. Yang mana nk dgr? great news or new template? let's begin with great news dulu. Great news is psl Uniten Grad Nite. Aku dh book 1 table utk aku dan deposit pn dah bayar. so sekarang ni aku kena cari lagi 9 org kawan untuk duduk semeja dengan aku.huhu..perit ni. ramai yg blom confirm pegi ni.dgr cite table yg kosong tggl lagi 8. nasib baik aku book awal2 hari khamis aritu. location pn kira ok jgklah. huhu..ok.cerita pasal grad nite sudah confirm. dh selesai pn cite psl ni.yang tak selesai nya kwn2 aku yg batch IT ni. ntah2 last minit baru nk confirm kot.lps tu xdpt meja best(dkt dgn stage) monyok plak. xpe2. since meja aku still ada seat kosong lagi, mmg aku tempah khas utk korglah (aku ikhlas).

Korang perasan tak perubahan yang berlaku kt blog aku? well it's a new template OK. aku dpt ni from internet. thanks to blogger Malaysia group dlm facebook sbb dh suggest kan site utk blog template. byk template yang cantik2. lps aku wat template baru, byk jgk aku tukar mcm font header, size text,topic header dan lain2 lagi termasuklah tukar font color. template kali ni more cool dan relax supaya korg rasa tenang bila membaca blog aku ni. nk kata simple xdelah simple sgt. susah jgk nk guna template baru ni sbb lps upload, nav bar kt header tu hilang cmtu je. itu yg aku ltk logo blogspot kt sebelah kiri atas supaya korang tau ini adalah blogspot nye site dan aku still bleh login utk update blog pada masa akan dtg.

So, itu sahaja yang aku nk cerita. Kepada student UNITEN, selamat bercuti sempena mid-sem break. harap jangan melakukan perkara bodoh spt berita yang sedih kita dengar sblm ini. klik SINI kalau nk tau berita sedih itu.

Aku keliru..

0 comments

Masih bercerita tentang UNITEN Graduation Night 2010 atau UNITEN grad nite yang akan berlangsung 4 april 2010 bertempat di dewan seri endon, putrajaya. Well, sebenarnya aku tak tau pilihan yang patut aku buat. Sama ada nak pergi atau tidak. Lebih baik aku pergi kan sbb lepas ni mungkin tak jumpa lagi kawan2 UNITEN kan. Booth utk informasi dan booking dah dibuka semalam di COIT (College of IT) dan COE (College of Engineering). Yang menjaga booth adalah student engineering tak kira di COE mahupun COIT. Mana pergi student IT ni?

Semalam juga aku dapat informasi psl grad nite ni melalui seorang kawan seorang student engineering yang menjaga booth itu. Kami dah kenal masa foundation tp jarang jumpa sejak bermulanya 1st year degree. Well, masa ni informasi yang dijelaskan tak banyak sangat sebab aku pun tak banyak bertanya.

Hari ni pukul 12 tgh hari, aku terjumpa dia lagi sekali di tempat yang sama dan kali ini dia jelaskan lebih mendalam. Banyak juga dia explain psl byr deposit hanya untuk minggu ni, lokasi meja dan lain2 lagi. aku juga ada mengajak kawan2 yang satu course dgn aku iaitu student IT. tapi jawapan memang masih kabur iaitu tak pasti. reason jawapan tu adalah sebab masalah kewangan. huhu..memang2..aku faham..jadi sekarang aku tak tahu aku nk pergi ke tak. ikutkan nak pergi sebab tak pernah pergi grad nite. Duit aku ada. Costume ada dah. Di bawah ni aku list kan kalau aku pergi dan tak pergi grad nite.

kalau aku pergi grad nite
  • kalau byr deposit RM50 (memang ni deposit dia.), dpt CD free yg ada montaj suma..meja pn bleh book awal2. kalau bayar lambat bayar full pastu kena bayar kalau nk CD tu.
  • bleh gi shooting amik gbmr sorg2 kt lua jd model kejap .set time dan tempat dgn kameraman. ni just untuk suka2 before grad nite. hehehe..
  • bleh jumpa kwn2 untuk kali terakhir
  • bleh bergaya (wajib pn)

kalau aku tak pergi

  • bosan. tak ada apa nak buat kt umah
  • tak dapat merasa graduation night sebab ni final sem aku
  • tak dapat record video, tgk performance :(
  • tak dapat tgk keadaan dewan yang cantik itu. damn! dahlah belum pergi dewan tu.

So, itu sahajalah cerita aku untuk hari ini. jadi keputusannya akan aku decide esok atau lusa. janji minggu ni lah. nanti aku update keputusan aku ye..

Security guard UNITEN meninggal..

0 comments

Agak menyedihkan bila mendengar berita ni yang dilakukan oleh pelajar UNITEN itu sendiri. Apa yg terjadi?Bagaimana ia berlaku?Bila?Di mana?Siapa student tu? adalah soalan yang biasa semua warga UNITEN nak tahu dan aku pasti semua warga UNITEN dari pihak atasan sehingga ke student foundation tahu mengenai kejadian ini. Kepada semua yg nak tahu mengenai berita yang memilukan ini sila baca petikan daripada akhbar Melayu ini:

Polis bantuan maut dirempuh mahasiswa panik

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Akibat panik dan ketakutan dicekup berkhalwat dalam kawasan kampus, seorang mahasiswa yang sedang berdua-duaan dengan pasangannya dalam kereta bertindak memecut kenderaannya untuk melepaskan diri.

Tindakannya dalam keadaan tergesa-gesa itu bagaimanapun mengundang padah apabila pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dekat sini itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh pagar keselamatan di pintu utama universiti tersebut.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan pagar besi di situ tumbang lalu mengenai kepala seorang polis bantuan yang kebetulan berada di situ sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi kelmarin.

Malangnya, setelah dua hari bertarung nyawa, mangsa, Mohd. Sufian Khamis, 25, gagal diselamatkan dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 4.30 petang ini.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis menerima dua laporan berkaitan insiden kemalangan itu pada Khamis lalu iaitu daripada mahasiswa terbabit dan penyelia polis bantuan universiti tersebut. klik sini untuk berita lanjut

Kalau aku cerita, maybe blog ni akan jadi lebih panjang. Kepada student uniten yang terlibat melakukan perkara ini, bertaubatlah dan segera meminta maaf kepada keluarga security guard yang maut itu. Kepada yang membaca blog ini, sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada security guard yg sudah pergi meninggalkan kita.

Graduation night 2010 latest news!

0 comments

Yeah! Akhirnya confirmation date untuk UNITEN graduation night sudah diketahui. tempat juga dah tau tapi theme dia belum confirm lagi. Harga booking pun taklah mahal sangat. tak sampai RM 100 pun. Apa2 hal pn sila lah pegi link Graduation night 2010 ini untuk maklumat lanjut. hehehe..

I'm officially turns 23 today

2 comments

Hello everybody! What a great day today. Today (4th January '10) I am officially turns 23 years old. feel like very old now. Yeah it is my birthday dude! Well what just happen today was this morning I just have nasi lemak Baiduri in Bangi area as breakfast before I went to SISP replacement class at 10 a.m. Just bear in mind that last week was inform that today on there will be a quiz for subject Operating System and Intro. Knowledge Management and a replacement class for SISP subject.

After SISP class finish at 12 p.m. I rush to Operating System class to take the quiz for this subject. Unfortunately, there were no quiz and the lecturer decide to give the quiz on the next class..huhu..I'm happy now and more time to study this subject. I wish that another subject that is Intro Knowledge Mananagement will not going to have a quiz but the lecturer still want to proceed with it on the evening. Wow!


As yesterday(3 January '10), there was a ceremony that is "aqiqah" or "cukur jambul" (a ceremony for a newborn baby) of my nephew, Gen Darwish who was born in Japan. Yes! My brother, Akmal, his wife(kak Ab) and the baby already back in Malaysia since 2 weeks ago. This aqiqah ceremony was made at my home in Bangi and people who attend here were neighbours, my relatives and kak Ab's relatives.

Introducing my nephew, Gen Darwish


On the same day, all my relatives and some neighbours celebrate my 23 years old birthday and my niece bitrthday. It was really bad since I'm the one who bring the cake and announce nby myself through microphone and everybody just say "oooo...". damn! no MC want to make the announcement that day. I feel quite shame to tell everyone that my birthday is next day that time. It's ok. As long I was happy to celebrate with them since this might be my last birthday as a student. I'm glad that one of my neighbour recite a doa (I requesting it) and everybody quiete before cutting the cake. Not to forget, I would like to say thank you to my mom as she is the one who bought the delicious cake for me and my niece.


cutting cake

My neighbours who enjoying the cake

The youth of Mutiara Bangi

So, that's all that I would like to say what happen yesterday and today even though the title is about my age turns 23 but it turns around talking about Gen's aqiqah. For all who wishing me through facebook, thank you so much. keep viewing my blog everyday ok!

1 year already!

1 comments

Hello everybody! Happy New Year! wow..pejam celik pejam celik dh masuk tahun baru iaitu tahun 2010. Hari ini, 1 Januari 2010 genaplah 1 tahun blog http://prof-t.blogspot.com beroperasi..sepanjang setahun blog ni beroperasi, hanya lebih 60 post sahaja yang mampu aku post setakat ini padahal dalam setahun ada 365 hari. Patutnya aku ada 365 post lah ek.hehe..tidak semestinya..well, selama setahun ni juga, comment daripada org yg visit blog aku pn tak banyak. kalau nk ikutkan, beberapa post sahaja yg ada org comment. hmm.. ntahlah. maybe orang yang tahu pasal kewujudan blog aku ni hanya terdiri daripada kawan2 universiti aku dan keluarga je.

Aku tahu, blog aku ni tak popular macam blog cousin aku, ynaa dan kawan universiti aku shafie. insyallah jika ada masa terluang, akan ku mengubah kekurangan yang ada pada blog aku ni supaya lebih ramai yang akan mengunjungi blog aku. dunia blogging ni masih baru bagi diri aku. Masih banyak yang perlu diperbaiki pada blog aku. ok...itu sahaja yang aku nk ceritakan di sini. Anyway selamat ulang tahun yg pertama bagi blog prof-t.blogspot.com. hopefully blog ni akan lebih menarik pada tahun 2010 ini. sekian.