Aku keliru..

Masih bercerita tentang UNITEN Graduation Night 2010 atau UNITEN grad nite yang akan berlangsung 4 april 2010 bertempat di dewan seri endon, putrajaya. Well, sebenarnya aku tak tau pilihan yang patut aku buat. Sama ada nak pergi atau tidak. Lebih baik aku pergi kan sbb lepas ni mungkin tak jumpa lagi kawan2 UNITEN kan. Booth utk informasi dan booking dah dibuka semalam di COIT (College of IT) dan COE (College of Engineering). Yang menjaga booth adalah student engineering tak kira di COE mahupun COIT. Mana pergi student IT ni?

Semalam juga aku dapat informasi psl grad nite ni melalui seorang kawan seorang student engineering yang menjaga booth itu. Kami dah kenal masa foundation tp jarang jumpa sejak bermulanya 1st year degree. Well, masa ni informasi yang dijelaskan tak banyak sangat sebab aku pun tak banyak bertanya.

Hari ni pukul 12 tgh hari, aku terjumpa dia lagi sekali di tempat yang sama dan kali ini dia jelaskan lebih mendalam. Banyak juga dia explain psl byr deposit hanya untuk minggu ni, lokasi meja dan lain2 lagi. aku juga ada mengajak kawan2 yang satu course dgn aku iaitu student IT. tapi jawapan memang masih kabur iaitu tak pasti. reason jawapan tu adalah sebab masalah kewangan. huhu..memang2..aku faham..jadi sekarang aku tak tahu aku nk pergi ke tak. ikutkan nak pergi sebab tak pernah pergi grad nite. Duit aku ada. Costume ada dah. Di bawah ni aku list kan kalau aku pergi dan tak pergi grad nite.

kalau aku pergi grad nite
  • kalau byr deposit RM50 (memang ni deposit dia.), dpt CD free yg ada montaj suma..meja pn bleh book awal2. kalau bayar lambat bayar full pastu kena bayar kalau nk CD tu.
  • bleh gi shooting amik gbmr sorg2 kt lua jd model kejap .set time dan tempat dgn kameraman. ni just untuk suka2 before grad nite. hehehe..
  • bleh jumpa kwn2 untuk kali terakhir
  • bleh bergaya (wajib pn)

kalau aku tak pergi

  • bosan. tak ada apa nak buat kt umah
  • tak dapat merasa graduation night sebab ni final sem aku
  • tak dapat record video, tgk performance :(
  • tak dapat tgk keadaan dewan yang cantik itu. damn! dahlah belum pergi dewan tu.

So, itu sahajalah cerita aku untuk hari ini. jadi keputusannya akan aku decide esok atau lusa. janji minggu ni lah. nanti aku update keputusan aku ye..

0 comments: (+add yours?)