Agak menyedihkan bila mendengar berita ni yang dilakukan oleh pelajar UNITEN itu sendiri. Apa yg terjadi?Bagaimana ia berlaku?Bila?Di mana?Siapa student tu? adalah soalan yang biasa semua warga UNITEN nak tahu dan aku pasti semua warga UNITEN dari pihak atasan sehingga ke student foundation tahu mengenai kejadian ini. Kepada semua yg nak tahu mengenai berita yang memilukan ini sila baca petikan daripada akhbar Melayu ini:
Polis bantuan maut dirempuh mahasiswa panik
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Akibat panik dan ketakutan dicekup berkhalwat dalam kawasan kampus, seorang mahasiswa yang sedang berdua-duaan dengan pasangannya dalam kereta bertindak memecut kenderaannya untuk melepaskan diri.
Tindakannya dalam keadaan tergesa-gesa itu bagaimanapun mengundang padah apabila pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dekat sini itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh pagar keselamatan di pintu utama universiti tersebut.
Rempuhan kuat itu mengakibatkan pagar besi di situ tumbang lalu mengenai kepala seorang polis bantuan yang kebetulan berada di situ sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi kelmarin.
Malangnya, setelah dua hari bertarung nyawa, mangsa, Mohd. Sufian Khamis, 25, gagal diselamatkan dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 4.30 petang ini.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis menerima dua laporan berkaitan insiden kemalangan itu pada Khamis lalu iaitu daripada mahasiswa terbabit dan penyelia polis bantuan universiti tersebut. klik sini untuk berita lanjut
Kalau aku cerita, maybe blog ni akan jadi lebih panjang. Kepada student uniten yang terlibat melakukan perkara ini, bertaubatlah dan segera meminta maaf kepada keluarga security guard yang maut itu. Kepada yang membaca blog ini, sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada security guard yg sudah pergi meninggalkan kita.
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment