post ke-100: penat ke puasa?

0 comments

Assalamualaikum readers..ini adalah post ke-100. wow! tapi bukan nya banyak mana pun. org lain dah lebih 100 pn. aku baru cecah 100 post. ni pun bergantung pada kerajinan seseorang untuk update blog. oklah. lupa kan pasal post ke 100 ni. masuk hari ini sudah 14 hari = 2 minggu kita berpuasa. so macam mana puasa? harap2 ok je lah. penat tu biasa lah. semua orang penat. jangan jadikan penat sebagai alasan untuk tidak berpuasa. bekerja di bulan puasa pun satu ibadah juga. zaman Rasulullah SAW dahulu pun berperang ketika bulan puasa. hebat kan?

oklah. cite yg paling utama aku nk katakan ialah waktu yang sesuai untuk sesorang pulang dari kerja atau sekolah pada bulan ramadhan. ramai yg kata bila time puasa memang tak ada masalah sangat sbb boleh balik awal. tapi awal pn dalam pukul 4 petang camtu. pastu ada masa untuk buat persiapan untuk berbuka puasa tak kisah di rumah, di surau/masjid atau di luar. kemudian perkara paling liat sekali orang nak wat ialah sembahyang tarawikh. kenapa liat sangat nak buat? xcukup rehat ke? maybe betul..

masa sahur tadi parents aku ada memberitahu (tak tahu betul ke tak cite ni). masa zaman Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri, waktu balik dari tempat kerja sempena bulan puasa adalah dalam pukul 12-1 tgh hari. APA? BETUL KE? awal sangat tu. diorang pun ada cakap kalau balik tgh hari kira banyak benda boleh buat lepas tu macam persiapan berbuka, tidur pastu malam tak adalah liat nak sembahyang tarawikh. kemudian perubahan waktu pulang dari kerja sempena bulan puasa berubah menjadi sekarang ini sejak pemerintahan Dato' Seri Dr. Mahathir b Mohammad (kini Tun). tak apalah..memang kita semua tahu Tun ni workaholic so sebab tu dia nak rakyat Malaysia jadi macam dia..bila perubahan waktu berubah, maka sikap umat Islam di Malaysia pun berubah. minggu pertama ramai yang solat tarawikh di surau/masjid kemudian makin lama makin berkurang..tapi penat balik kerja dan balik lewat kemudian tak mampu solat tarawikh bukan nya boleh membuatkan pemerintah mempercepatkan waktu pulang pada bulan puasa. kata parents aku lagi menteri2 pun mengalami perkara sama jugak. siang kerja, malam pula pergi undagan berbuka puasa dgn anak2 yatim, orang miskin dan lain2. bila dapat undagan cmtu, solat tarawikh pun buat juga..balik pun nak dekat tengah malam juga..
jadi..fikir2 lah ye..

berakhir 10 malam pertama ramadhan

0 comments

assalamualaikum readers sekalian. hari ini genap lah 10 hari umat Islam berpuasa di bulan ramadhan..harap anda semua boleh bersabar untuk menyambut hari raya ye sebab ada lagi 20 hari je lagi..sehingga semalam iaitu malam ke 10 ramadhan, aku belum pernah miss sembahyang tarawikh di surau. alhamdulillah..bukan niat untuk berlagak tetapi just nk memberitahu sahaja dan mana lah tau kita still boleh mengajak umat Islam lain untuk solat tarawikh sekali. walaupun solat tarawikh ini hanya sembahyang sunat, tetapi besar pahalanya. mengikut pengalaman aku dan korang semua setiap kali malam pertama ramadhan kita mesti biasa tgk ramai umat Islam memenuhi masjid/surau untuk melakukan solat tarawikh. surau kt area umah aku pn camtu jgk. tiap kali malam pertama bulan puasa je, memang penuh masjid/surau. lepas seminggu, makin sikit plak jemaah kat surau/masjid. kalau kat mekah tu sentiasa penuh je jemaah..eh kat mekah lain cite..

malam ini pula bermula fasa kedua bulan puasa atau boleh katakan 10 malam kedua pula. biasa fasa kedua bulan puasa ni adalah tempoh untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T. oleh itu sapa2 yang pernah buat dosa tak kira kat sesiapa pun, ambillah kesempatan ini untuk memohon keampunan dan Allah akan ampunkan segala dosa2 yang dilakukan oleh umat nya..pintu taubat sentiasa terbuka. jangan lps abis fasa kedua bulan puasa ni korang ulang dosa2 silam tu. kepada semua umat Islam yang masih belum berpeluang melakukan solat tarawikh ni, masih ada masa lagi. jangan tangguh2. kalau tak mampu nk solat tarawikh masa hari biasa, boleh je wat hari jumaat, sabtu dan ahad. oklah. setakat ini je yang aku mampu ucapkan untuk post kali ni. tak ada idea nk taip isi2 penting. maklumlah bulan puasa.

amalan baik ketika bulan puasa

0 comments

Assalamualaikum all readers. apa khabar? macam mana puasa? esok genap 10 hari kita puasa. cepat betul masa berlalu. ketika kita tgh berpuasa ni, jangan kita lupa untuk melakukan beberapa amal ibadat yg menjanjikan banyak pahala daripada Allah S.W.T. seperti kita maklum bahawa bila tiba bulan puasa, syaitan dirantai atau diikat. memang inilah peluang kita untuk memohon apa yg dihajat dan insyallah apa yang kita hajat itu dimakbulkan oleh Allah.

di sini aku boleh list kan beberapa amalan yang baik untuk kita lakukan di bulan puasa ni. nak cerita lebih detail tu susah skit sebab aku bukannya ustaz. tak apalah. just bgtau atau reminder je. memang elok pun kita share knowledge pasal amalan baik di bulan ramadhan atau bulan puasa ni. antaranya ialah:

  • menunaikan solat jemaah 5 waktu di surau/masjid
  • menunaikan solat tarawikh tak kira sendiri atau berjemaah dimasjid/surau
  • bersedekah kepada anak2 yatim dan fakir miskin. tak semestinya sedekah duit. kalau dengan jiran2 tu tukar2 makanan berbuka dengan diorg.
  • melakukan solat2 sunat selain solat tarawikh seperti solat sunat hajat, tasbih dan solat sunat yg lain.
  • mendengar tazkirah atau kuliah di masjid atau surau. lebih afdhal jika jemput lebih ramai orang.
  • membaca al-quran

aku tahu setakat ni je. kan aku ckp. aku bukan ustaz. kalau korg tahu apa lain2 perkara2 sunat di bulan puasa, boleh je komen ek. aku pun tak lah tahu suma perkara pasal agama ni. masih belajar lagi..so jika ada kesilapan dalam blog hari ni, harap dimaafkan. so korang renung2 kan untuk melakukan perkara2 di atas ni ek. masih ada masa lagi untuk melakukan perkara2 sunat bulan puasa ni. JGN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH YE!

Selamat menyambut bulan Ramadhan

0 comments

Assalamualaikum and salam sejahtera. dah seminggu aku tak update blog aku ni ye. ala..baru seminggu. bukannya setahun..paling lama aku tak update pun dalam 2 bulan je. hehehe..ok2..mood convo aku still tak hilang lagi. masih terasa lagi..maklumlah, first time on stage depan ramai parents and graduates. ok lah. stop pasal cerita konvo. ckp byk pasal konvo tp gambar byk yg belum upload lg kt facebook. sabar ye..gambar konvo byk yg belum siap lg. nnti kalau dah dpt from my camera man, then dah upload kt facebook aku bgtau ye.

since sekarang ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa di bulan ramadhan, aku masih ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh negara. banyakkan melakukan ibadat di bulan ni ye kawan2 sebab masa ini lah syaitan diikat. aku teringat ketika bulan puasa tahun lalu. ketika itu malam lailatur qadar. ketika itulah ramai umat Islam menunaikan solat sunat di awal pagi berjemaah di surau atau masjid termasuk diri aku. ketika berjemaah di surau berdekatan dengan rumah aku di Mutiara Bangi, Bangi, aku dan mak aku memohon pada Allah S.W.T untuk memakbulkan doa kami agar aku dapat menamatkan pengajian aku pada tahun 2010 dan memohon agar bapak aku dinaikkan pangkat. dan tahun ini Allah telah pun memakbulkan doa kami. syukur tak terhingga..inilah antara kelebihan menunaikan solat secara berjemaah tak kiralah solat sunat atau pun solat fardhu. selepas aku berjaya menamatkan pengajian di universiti, mak berkata "Allah has answer my prayers". maksud daripada kata mak aku tu ialah Allah telah makbulkan doa mak aku yg telah menunaikan solat ketika bulan baik itu tahun lalu. jadi, aku harap korg semua rebutlah peluang ini untuk melakukan segala amal ibadat seperti solat sunat tarawikh, membaca al-quran, solat sunat yang lain dan bersedakah..insyallah Allah akan makbulakan doa kita ketika kita melakukan perkara2 baik itu. Allah juga mengampunkan dosa2 kita pada bulan mulia ini.

tak lupa juga kepada kaum wanita/perempuan. please...jangan pakai baju yg mendedahkan aurat pada bulan puasa ni. tutup aurat please...tak guna kalau berpuasa tetapi berpakain seksi seperti mendedah kan betis, peha, dada dan memakai pakaian yg ketat.

My Convocation day

0 comments

Hari ini (7 Ogos 2010) adalah hari konvokesyen aku. hari ini juga adalah majlis konvokesyen UNITEN yg ke-13 (dah 13 kali UNITEN wat konvo ye..). setelah 5 tahun aku berjuang bermati-matian, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku di UNITEN. jatuh dan bangun aku tak ada siapa yang tahu kecuali keluarga aku. sebelum ni memang aku asyik beritahu tarikh konvokesyen dan lama2 tiba juga tarikh keramat itu. seperti dimaklumkan juga, ayah aku tidak dapat hadir ke konvokesyen aku pada hari ini kerana hari konvokesyen KLIUC juga berlangsung pada hari dan waktu yang sama. walaupun tanpa kehadiran bapa aku, abang sulung aku menggantikan tempat ayah aku menemani mak aku. apa2 pn aku masih happy sebab penantian yang agak panjang, kini telah pun berakhir.

semalam aku tidur awal kira2 jam 10 malam. konvokesyen punya pasal, aku memang patut tidur awal sebab graduan perlu sampai ke dewan konvo at least 7.30 pagi. aku hanya berjaya bangun pukul 6.00 pagi dan cepat aku sembahyang subuh, mandi, gosok gigi dan mempersiapkan diri. aku juga berjaya breakfast sekeping roti dan milo. entah cmna aku pun boleh klua umah pukul 7.05 pagi. ala..lambat skit je nk klua umah pn. bila sampai je di UNITEN pada pukul 7.20 pagi, byk pula kereta berbaris..laluan tu pun jauh jgk dan parking untuk parents dan graduates pun jauh jgk iaitu terletak di parking college of IT(COIT). jarak dia pn jauh jgk jika hendak ke dewan konvo dari COIT. kalau sanggup jalan kaki memang dialu-alukan. kalau tak, naik bas. aku pun pergi lah ke parking COIT.

tgh2 mencari parking, member coursemate yg graduate sama dgn aku telefon aku nk tanya aku dh sampai UNITEN ke belum. aku pn jawablah dah sampai dan tgh cari parking. dia pn berkata lah boleh parking kt apartment lelaki yg jarak nya lebih dekat berbanding parking di COIT. aku pun pergi lah ke apartment lelaki tu dan akhirnya jumpa parking. ketika aku hampir sampai ke apartment tu, aku ternampak dia di bus stop di hadapan apartment lelaki itu. dia juga nampak aku dan melambai pada aku. lps aku parking kt apartment, aku tgk dia dh tak ada. dah naik bas lah tu. maklumlah datang dengan parents lah kata kan..aku pulak, tak nak tggu bas dan sanggup jalan kaki sebab masa pun dh suntuk sebab jam di tangan bukan nya 7.30 pagi tetapi memang lewat dari itu. aku tak kisah sbb graduates yg lain pn ada yg lewat jgk. ni pn sbb kesesakan yg aku bgtau td. aku berjalan kaki dari apartment lelaki hingga ke dewan. sampai je terus pegi belakang dewan untuk register dan beratur ikut susnan nombor yg diberikan ketika rehearsel semalam (6 Ogos). memang berpeluh aku bila sampai. nasib baik bawak sapu tangan. bleh lap peluh. memang lewat jugak aku sampai kira2 7.45 pg. 5 minit kemudian kawan aku td pn sampai. dia terkejut yg aku sampai awal dari dia. aku cakaplah aku jln kaki.hehe..
kira2 8 lebih, mulalah masuk dewan dari belakang dewan untuk mengambil tempat duduk. pastu tggu orang akademik & chanselor masuk. lps tu nyanyi lagu UNITEN, dgr ucapan, bagi sijil kepada graduan, entertainment selepas bagi sijil for each course then nyanyi lagu negaraku. pastu bersurai kira2 pukul 12 tgh hari. esok untuk graduates course lain pula. abis cite. hehe..sengaja pendekkan. nk cepat abis.

apa pun memang hari ini segala yg dirancang berjalan dengan lancar. ikutkan memang semua graduates termasuk aku nervous time nk terima sijil sejak rehearsal lagi. faham2 je la kan org yg nk bg sijil tu chanselor dan pro chanselor. mestilah tak nak sesuatu yg tak baik berlaku dan alhamdulillah, cara aku menerima sijil dilakukan dengan baik sama seperti yang diajar ketika rehearsal. kira hari ini 1st time dalam hidup aku berada di atas stage menerima sijil di hadapan lebih seribu orang tetamu. memang tak disangka. pentas yg agak besar untuk dijejaki. jubah dan mortar board yg hanya boleh dipakai oleh orang tertentu sahaja adalah satu penghormatan besar bagiku dan rakan2 graduan. semuanya telah tercapai.

selepas tamat konvo, aku mencari mak aku dan abang sulung aku. bila berjumpa, aku ckplh camera man aku akan sampai 12.30 tgh hari sbb ingt habis pukul 1 tgh hari tp awal plak habis convo hari ni. then mak aku ckp "bawaklh kamera bleh amik gmbr..kalau abg mal ada then dia tau msti dh sound2 sbb tak bwk kamera. pastu tak plan". aku bkn apa. memang aku tak bleh bwk kamera, takut hilang. dahlah mcam2 barang dalam poket seluar, pakai coat, jubah and mortar board. adoi..then aku call cameraman aku, suruh dtg UNITEN. bila lama skit, aku call dia lg suruh gi KLIUC lak amik gmbr dgn bapak aku. aku bgtau dia tak jadi bergambar kt UNITEN sbb waktu tu ramai sgt org and keadaan traffic jam. elok pergi KLIUC. dan camera man aku pun pergi juga ke KLIUC. dan di sinilah bermulanya sesi fotografi. graduate UNITEN tp amik gmbr kt KLIUC. hehe..selamba giler..gambar studio pn amik kt situ jgk. lps abis bergambar kt KLIUC, pergi ke UNITEN library untuk bergambar berseorangan. tgh on the way, hujan pula..hujan pun hujan la..still amik gmbr juga kt library. then last location of the day untuk photoshoot di rumah sendiri. ini pn berseorangan jgk.

akhirnya hajat mak aku juga untuk melihat aku mendapat ijazah tercapai juga..selepas ini tiada lagi anaknya yg perlu ditunggu untuk menamatkan pengajian kerana aku adalah anak bongsunya dan telah pun berjaya mendapat segulung ijazah. alhamdulillah..walaupun ayah aku tak dapat nk lihat aku menerima ijazah, tapi aku dapat menggayakan diri ku dengan jubah di hadapan beliau. bagi aku ini lah hadiah aku kepada kedua ibu bapa aku selepas mereka menyambut ulang tahun perkahwinan meraka yg ke-40 minggu lalu. berakhir sudah pengajian aku di universiti tetapi tak bermakna aku akan berhenti untuk menuntut ilmu selama-lamanya. gambar2 konvokesyen akan diupload di facebook dlm masa beberapa minggu lagi. apa yg aku bleh katakan di sini, memang langsung tiada gambar aku bersama-sama course mate yg graduate hari ini disebabkan cuaca dan keadaa seperti yg aku beritahu tadi yg memang tidak begitu mengizinkan. kalau ada pun mungkin time tgh beratur ke dan time rehearsel. itupun dari kamera coursemate.

The big day is almost there!

0 comments

Only just few days left for a big day! apa? aku nk kahwin? NO..NO..NO..belum lagi..naik pentas sebab konvokesyen itu memang betul but not naik pelamin. hehe..huhu..macam tak percaya je kan..cepat betul masa berlalu. semalam (3 OGOS) pada jam 9 pagi adalah hari pertama untuk semua graduan UNITEN mengambil jubah dan mortar board di UNITEN. mortar board tu apa? mortar board adalah topi 4 segi biasanya dipakai oleh graduan sahaja..tapi senang cite ada jgk budak2 lepasan skola tadika dah mula pakai topi 4 segi tu. hehe..aku terkejut melihat agak ramai graduan yg datang semalam. iyelah sbb dh diberi peringatan saiz jubah dan mortar board adalah limited jika datang hari seterusnya..pasal amik jubah memang laju je diorg ni. kalau pasal menda lain memang asyik tangguh je..ish3..aku pun nasib baik ada saiz..tapi silap aku jgk.bukan nk check ada kotor kt bhg lengan baju masa kt UNITEN. bila balik umah tgh fitting baru perasan. terpaksa lah pegi UNITEN balik pada tgh hari semalam. dapat jgk tukar jubah yg baru dan aku check jubah yg baru tu di UNITEN.

dalam hati aku memang nervous. maklumlah..berada atas pentas menerima skroll daripada chansellor di hadapan beribu-ribu tetamu dari seluruh malaysia mahupun asia tengah (mana lah tau ada foriegner graduates nye family datang)..tak pernah dalam hidup aku berada di atas pentas di hadapan lebih seribu tetamu. harap2 segalanya berjalan dgn lancar. aku harap dapat menerima skroll itu dengan cara yg baik. jgn bila salam dgn chansellor tgn aku sejuk sudah..memang rehearsel akan diadakan jumaat ini (6 OGOS) dan semua wajib hadir. bila dikira, cuma 2 hari je lagi hari konvo aku. adoi..hari jumaat ini juga lah hari terakhir untuk semua graduates yg untuk mengambil jubah dan mortar board mereka jika mereka tidak dapat hadir pada semalam, hari ni mahupun esok.

preparation? ok..banyak yang dah settle antaranya jubah & mortar board dh amik, baju kemeja dh iron, suit dh ada, tie dh ada, photographer dah ada, kasut belum polish dan kereta plak belum cuci lagi. hehe..dua benda je belum settle lg. hope dapat siap sepenuhnya sebelum hari convo nanti. jadi last before I end my story, just want to wish congratulations to all graduates from UNITEN, KLIUC, UM and UKM. hope u guys success in the future. bye

Happy 40th wedding anniversary to madam and big boss :)

0 comments

Alright. Just want to wish my parents (madam & big boss) happy 40th anniversary wich is falls on today! unbeleivable! they have been together for 40 years. I'm not going to say much in this blog. hoping that they are going to be together forever. happy that all my brothers and I already completed our studies until university. I can't wait to see the next generation in my family to success in the future. please my nephews and niece. study hard..