Only just few days left for a big day! apa? aku nk kahwin? NO..NO..NO..belum lagi..naik pentas sebab konvokesyen itu memang betul but not naik pelamin. hehe..huhu..macam tak percaya je kan..cepat betul masa berlalu. semalam (3 OGOS) pada jam 9 pagi adalah hari pertama untuk semua graduan UNITEN mengambil jubah dan mortar board di UNITEN. mortar board tu apa? mortar board adalah topi 4 segi biasanya dipakai oleh graduan sahaja..tapi senang cite ada jgk budak2 lepasan skola tadika dah mula pakai topi 4 segi tu. hehe..aku terkejut melihat agak ramai graduan yg datang semalam. iyelah sbb dh diberi peringatan saiz jubah dan mortar board adalah limited jika datang hari seterusnya..pasal amik jubah memang laju je diorg ni. kalau pasal menda lain memang asyik tangguh je..ish3..aku pun nasib baik ada saiz..tapi silap aku jgk.bukan nk check ada kotor kt bhg lengan baju masa kt UNITEN. bila balik umah tgh fitting baru perasan. terpaksa lah pegi UNITEN balik pada tgh hari semalam. dapat jgk tukar jubah yg baru dan aku check jubah yg baru tu di UNITEN.
dalam hati aku memang nervous. maklumlah..berada atas pentas menerima skroll daripada chansellor di hadapan beribu-ribu tetamu dari seluruh malaysia mahupun asia tengah (mana lah tau ada foriegner graduates nye family datang)..tak pernah dalam hidup aku berada di atas pentas di hadapan lebih seribu tetamu. harap2 segalanya berjalan dgn lancar. aku harap dapat menerima skroll itu dengan cara yg baik. jgn bila salam dgn chansellor tgn aku sejuk sudah..memang rehearsel akan diadakan jumaat ini (6 OGOS) dan semua wajib hadir. bila dikira, cuma 2 hari je lagi hari konvo aku. adoi..hari jumaat ini juga lah hari terakhir untuk semua graduates yg untuk mengambil jubah dan mortar board mereka jika mereka tidak dapat hadir pada semalam, hari ni mahupun esok.
preparation? ok..banyak yang dah settle antaranya jubah & mortar board dh amik, baju kemeja dh iron, suit dh ada, tie dh ada, photographer dah ada, kasut belum polish dan kereta plak belum cuci lagi. hehe..dua benda je belum settle lg. hope dapat siap sepenuhnya sebelum hari convo nanti. jadi last before I end my story, just want to wish congratulations to all graduates from UNITEN, KLIUC, UM and UKM. hope u guys success in the future. bye
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment