amalan baik ketika bulan puasa

Assalamualaikum all readers. apa khabar? macam mana puasa? esok genap 10 hari kita puasa. cepat betul masa berlalu. ketika kita tgh berpuasa ni, jangan kita lupa untuk melakukan beberapa amal ibadat yg menjanjikan banyak pahala daripada Allah S.W.T. seperti kita maklum bahawa bila tiba bulan puasa, syaitan dirantai atau diikat. memang inilah peluang kita untuk memohon apa yg dihajat dan insyallah apa yang kita hajat itu dimakbulkan oleh Allah.

di sini aku boleh list kan beberapa amalan yang baik untuk kita lakukan di bulan puasa ni. nak cerita lebih detail tu susah skit sebab aku bukannya ustaz. tak apalah. just bgtau atau reminder je. memang elok pun kita share knowledge pasal amalan baik di bulan ramadhan atau bulan puasa ni. antaranya ialah:

  • menunaikan solat jemaah 5 waktu di surau/masjid
  • menunaikan solat tarawikh tak kira sendiri atau berjemaah dimasjid/surau
  • bersedekah kepada anak2 yatim dan fakir miskin. tak semestinya sedekah duit. kalau dengan jiran2 tu tukar2 makanan berbuka dengan diorg.
  • melakukan solat2 sunat selain solat tarawikh seperti solat sunat hajat, tasbih dan solat sunat yg lain.
  • mendengar tazkirah atau kuliah di masjid atau surau. lebih afdhal jika jemput lebih ramai orang.
  • membaca al-quran

aku tahu setakat ni je. kan aku ckp. aku bukan ustaz. kalau korg tahu apa lain2 perkara2 sunat di bulan puasa, boleh je komen ek. aku pun tak lah tahu suma perkara pasal agama ni. masih belajar lagi..so jika ada kesilapan dalam blog hari ni, harap dimaafkan. so korang renung2 kan untuk melakukan perkara2 di atas ni ek. masih ada masa lagi untuk melakukan perkara2 sunat bulan puasa ni. JGN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH YE!

0 comments: (+add yours?)