Hari ini (7 Ogos 2010) adalah hari konvokesyen aku. hari ini juga adalah majlis konvokesyen UNITEN yg ke-13 (dah 13 kali UNITEN wat konvo ye..). setelah 5 tahun aku berjuang bermati-matian, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku di UNITEN. jatuh dan bangun aku tak ada siapa yang tahu kecuali keluarga aku. sebelum ni memang aku asyik beritahu tarikh konvokesyen dan lama2 tiba juga tarikh keramat itu. seperti dimaklumkan juga, ayah aku tidak dapat hadir ke konvokesyen aku pada hari ini kerana hari konvokesyen KLIUC juga berlangsung pada hari dan waktu yang sama. walaupun tanpa kehadiran bapa aku, abang sulung aku menggantikan tempat ayah aku menemani mak aku. apa2 pn aku masih happy sebab penantian yang agak panjang, kini telah pun berakhir.
semalam aku tidur awal kira2 jam 10 malam. konvokesyen punya pasal, aku memang patut tidur awal sebab graduan perlu sampai ke dewan konvo at least 7.30 pagi. aku hanya berjaya bangun pukul 6.00 pagi dan cepat aku sembahyang subuh, mandi, gosok gigi dan mempersiapkan diri. aku juga berjaya breakfast sekeping roti dan milo. entah cmna aku pun boleh klua umah pukul 7.05 pagi. ala..lambat skit je nk klua umah pn. bila sampai je di UNITEN pada pukul 7.20 pagi, byk pula kereta berbaris..laluan tu pun jauh jgk dan parking untuk parents dan graduates pun jauh jgk iaitu terletak di parking college of IT(COIT). jarak dia pn jauh jgk jika hendak ke dewan konvo dari COIT. kalau sanggup jalan kaki memang dialu-alukan. kalau tak, naik bas. aku pun pergi lah ke parking COIT.
tgh2 mencari parking, member coursemate yg graduate sama dgn aku telefon aku nk tanya aku dh sampai UNITEN ke belum. aku pn jawablah dah sampai dan tgh cari parking. dia pn berkata lah boleh parking kt apartment lelaki yg jarak nya lebih dekat berbanding parking di COIT. aku pun pergi lah ke apartment lelaki tu dan akhirnya jumpa parking. ketika aku hampir sampai ke apartment tu, aku ternampak dia di bus stop di hadapan apartment lelaki itu. dia juga nampak aku dan melambai pada aku. lps aku parking kt apartment, aku tgk dia dh tak ada. dah naik bas lah tu. maklumlah datang dengan parents lah kata kan..aku pulak, tak nak tggu bas dan sanggup jalan kaki sebab masa pun dh suntuk sebab jam di tangan bukan nya 7.30 pagi tetapi memang lewat dari itu. aku tak kisah sbb graduates yg lain pn ada yg lewat jgk. ni pn sbb kesesakan yg aku bgtau td. aku berjalan kaki dari apartment lelaki hingga ke dewan. sampai je terus pegi belakang dewan untuk register dan beratur ikut susnan nombor yg diberikan ketika rehearsel semalam (6 Ogos). memang berpeluh aku bila sampai. nasib baik bawak sapu tangan. bleh lap peluh. memang lewat jugak aku sampai kira2 7.45 pg. 5 minit kemudian kawan aku td pn sampai. dia terkejut yg aku sampai awal dari dia. aku cakaplah aku jln kaki.hehe..
kira2 8 lebih, mulalah masuk dewan dari belakang dewan untuk mengambil tempat duduk. pastu tggu orang akademik & chanselor masuk. lps tu nyanyi lagu UNITEN, dgr ucapan, bagi sijil kepada graduan, entertainment selepas bagi sijil for each course then nyanyi lagu negaraku. pastu bersurai kira2 pukul 12 tgh hari. esok untuk graduates course lain pula. abis cite. hehe..sengaja pendekkan. nk cepat abis.
apa pun memang hari ini segala yg dirancang berjalan dengan lancar. ikutkan memang semua graduates termasuk aku nervous time nk terima sijil sejak rehearsal lagi. faham2 je la kan org yg nk bg sijil tu chanselor dan pro chanselor. mestilah tak nak sesuatu yg tak baik berlaku dan alhamdulillah, cara aku menerima sijil dilakukan dengan baik sama seperti yang diajar ketika rehearsal. kira hari ini 1st time dalam hidup aku berada di atas stage menerima sijil di hadapan lebih seribu orang tetamu. memang tak disangka. pentas yg agak besar untuk dijejaki. jubah dan mortar board yg hanya boleh dipakai oleh orang tertentu sahaja adalah satu penghormatan besar bagiku dan rakan2 graduan. semuanya telah tercapai.
selepas tamat konvo, aku mencari mak aku dan abang sulung aku. bila berjumpa, aku ckplh camera man aku akan sampai 12.30 tgh hari sbb ingt habis pukul 1 tgh hari tp awal plak habis convo hari ni. then mak aku ckp "bawaklh kamera bleh amik gmbr..kalau abg mal ada then dia tau msti dh sound2 sbb tak bwk kamera. pastu tak plan". aku bkn apa. memang aku tak bleh bwk kamera, takut hilang. dahlah mcam2 barang dalam poket seluar, pakai coat, jubah and mortar board. adoi..then aku call cameraman aku, suruh dtg UNITEN. bila lama skit, aku call dia lg suruh gi KLIUC lak amik gmbr dgn bapak aku. aku bgtau dia tak jadi bergambar kt UNITEN sbb waktu tu ramai sgt org and keadaan traffic jam. elok pergi KLIUC. dan camera man aku pun pergi juga ke KLIUC. dan di sinilah bermulanya sesi fotografi. graduate UNITEN tp amik gmbr kt KLIUC. hehe..selamba giler..gambar studio pn amik kt situ jgk. lps abis bergambar kt KLIUC, pergi ke UNITEN library untuk bergambar berseorangan. tgh on the way, hujan pula..hujan pun hujan la..still amik gmbr juga kt library. then last location of the day untuk photoshoot di rumah sendiri. ini pn berseorangan jgk.
akhirnya hajat mak aku juga untuk melihat aku mendapat ijazah tercapai juga..selepas ini tiada lagi anaknya yg perlu ditunggu untuk menamatkan pengajian kerana aku adalah anak bongsunya dan telah pun berjaya mendapat segulung ijazah. alhamdulillah..walaupun ayah aku tak dapat nk lihat aku menerima ijazah, tapi aku dapat menggayakan diri ku dengan jubah di hadapan beliau. bagi aku ini lah hadiah aku kepada kedua ibu bapa aku selepas mereka menyambut ulang tahun perkahwinan meraka yg ke-40 minggu lalu. berakhir sudah pengajian aku di universiti tetapi tak bermakna aku akan berhenti untuk menuntut ilmu selama-lamanya. gambar2 konvokesyen akan diupload di facebook dlm masa beberapa minggu lagi. apa yg aku bleh katakan di sini, memang langsung tiada gambar aku bersama-sama course mate yg graduate hari ini disebabkan cuaca dan keadaa seperti yg aku beritahu tadi yg memang tidak begitu mengizinkan. kalau ada pun mungkin time tgh beratur ke dan time rehearsel. itupun dari kamera coursemate.
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment