berakhir 10 malam pertama ramadhan

assalamualaikum readers sekalian. hari ini genap lah 10 hari umat Islam berpuasa di bulan ramadhan..harap anda semua boleh bersabar untuk menyambut hari raya ye sebab ada lagi 20 hari je lagi..sehingga semalam iaitu malam ke 10 ramadhan, aku belum pernah miss sembahyang tarawikh di surau. alhamdulillah..bukan niat untuk berlagak tetapi just nk memberitahu sahaja dan mana lah tau kita still boleh mengajak umat Islam lain untuk solat tarawikh sekali. walaupun solat tarawikh ini hanya sembahyang sunat, tetapi besar pahalanya. mengikut pengalaman aku dan korang semua setiap kali malam pertama ramadhan kita mesti biasa tgk ramai umat Islam memenuhi masjid/surau untuk melakukan solat tarawikh. surau kt area umah aku pn camtu jgk. tiap kali malam pertama bulan puasa je, memang penuh masjid/surau. lepas seminggu, makin sikit plak jemaah kat surau/masjid. kalau kat mekah tu sentiasa penuh je jemaah..eh kat mekah lain cite..

malam ini pula bermula fasa kedua bulan puasa atau boleh katakan 10 malam kedua pula. biasa fasa kedua bulan puasa ni adalah tempoh untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T. oleh itu sapa2 yang pernah buat dosa tak kira kat sesiapa pun, ambillah kesempatan ini untuk memohon keampunan dan Allah akan ampunkan segala dosa2 yang dilakukan oleh umat nya..pintu taubat sentiasa terbuka. jangan lps abis fasa kedua bulan puasa ni korang ulang dosa2 silam tu. kepada semua umat Islam yang masih belum berpeluang melakukan solat tarawikh ni, masih ada masa lagi. jangan tangguh2. kalau tak mampu nk solat tarawikh masa hari biasa, boleh je wat hari jumaat, sabtu dan ahad. oklah. setakat ini je yang aku mampu ucapkan untuk post kali ni. tak ada idea nk taip isi2 penting. maklumlah bulan puasa.

0 comments: (+add yours?)