Assalamualaikum readers..ini adalah post ke-100. wow! tapi bukan nya banyak mana pun. org lain dah lebih 100 pn. aku baru cecah 100 post. ni pun bergantung pada kerajinan seseorang untuk update blog. oklah. lupa kan pasal post ke 100 ni. masuk hari ini sudah 14 hari = 2 minggu kita berpuasa. so macam mana puasa? harap2 ok je lah. penat tu biasa lah. semua orang penat. jangan jadikan penat sebagai alasan untuk tidak berpuasa. bekerja di bulan puasa pun satu ibadah juga. zaman Rasulullah SAW dahulu pun berperang ketika bulan puasa. hebat kan?
oklah. cite yg paling utama aku nk katakan ialah waktu yang sesuai untuk sesorang pulang dari kerja atau sekolah pada bulan ramadhan. ramai yg kata bila time puasa memang tak ada masalah sangat sbb boleh balik awal. tapi awal pn dalam pukul 4 petang camtu. pastu ada masa untuk buat persiapan untuk berbuka puasa tak kisah di rumah, di surau/masjid atau di luar. kemudian perkara paling liat sekali orang nak wat ialah sembahyang tarawikh. kenapa liat sangat nak buat? xcukup rehat ke? maybe betul..
masa sahur tadi parents aku ada memberitahu (tak tahu betul ke tak cite ni). masa zaman Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri, waktu balik dari tempat kerja sempena bulan puasa adalah dalam pukul 12-1 tgh hari. APA? BETUL KE? awal sangat tu. diorang pun ada cakap kalau balik tgh hari kira banyak benda boleh buat lepas tu macam persiapan berbuka, tidur pastu malam tak adalah liat nak sembahyang tarawikh. kemudian perubahan waktu pulang dari kerja sempena bulan puasa berubah menjadi sekarang ini sejak pemerintahan Dato' Seri Dr. Mahathir b Mohammad (kini Tun). tak apalah..memang kita semua tahu Tun ni workaholic so sebab tu dia nak rakyat Malaysia jadi macam dia..bila perubahan waktu berubah, maka sikap umat Islam di Malaysia pun berubah. minggu pertama ramai yang solat tarawikh di surau/masjid kemudian makin lama makin berkurang..tapi penat balik kerja dan balik lewat kemudian tak mampu solat tarawikh bukan nya boleh membuatkan pemerintah mempercepatkan waktu pulang pada bulan puasa. kata parents aku lagi menteri2 pun mengalami perkara sama jugak. siang kerja, malam pula pergi undagan berbuka puasa dgn anak2 yatim, orang miskin dan lain2. bila dapat undagan cmtu, solat tarawikh pun buat juga..balik pun nak dekat tengah malam juga..
jadi..fikir2 lah ye..
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment