Bila tgk balik blog aku, last day aku post kt blog ni pd 2 April 09. Wow! Looks like I never update my blog for about 2 and half months..unbeleivable! Bkn aku malas nk update tapi aku busy. Busy siapkn final year project. Ketika hampir penghujung semester 2 08/09 yg lepas, aku dh decide minta BS (Belum Selesai) kat supervisor aku untuk final year project (project 2). Kalau aku tak minta BS, aku kena present dalam middle of April tapi project aku belum siap lagi. Supervisor aku beritahu aku kalau aku BS, aku akan present lps final exam Semester 1 09/10 nanti iaitu November 09. Rasa mcm lama sgt tu bagi aku dan aku janji akan siapkan dalam tempoh aku cuti 3 bulan tu.
Tetapi apa yang dijanjikan oleh supervisor hanya dari mulut semata2..lps students yang TIDAK BS tamat present bulan April yang lalu, aku dpt tahu drpd lecturer yg mengatakan students yg BS(termasuk aku) kena present awal bulan Jun nanti. Memang terkejut aku mendengarnya. Aku rasa aku baru 2-3 minggu cuti lepas habis final exam Semester 2 08/09. Tiba2 dikejutkan dgn berita yang tak menarik. So, sejak dapat dapat berita terkejut tu, aku mula siapkan project aku tu. Pening jgk nk siapkan dlm tempoh 2 bln setengah tu. Dalam tempoh tu ada jgk aku amik rest sekejap. Tapi bila dh sampai awal bln Jun, lg bersungguh-sungguh nk siapkn.
Well, nk dipendekkn cite, 2 minggu sblm hari presentation, students yg kena present awal bulan Jun dh dapat date/time sebenar utk present. Presentation hanya dibuat 2 hari iaitu 3 dan 4 Jun 09 mula pkl 9pagi-5ptg. Lunch break pkl 12.30tgh-2.00ptg. Aku dikehendaki present pd 3 Jun 09 pukul 9 pg. Memang nervous jugak nk present dan akhirnya aku lulus untuk presentation. Selepas selesai present, langkah seterusnya adalah siapkn thesis (report). Kira2 2-3 hari lps presentation, aku mula menyiapkn thesis. Memang memenatkan lagi2 thesis tu perlu dibuat hardcover dan supervisor aku nk 2 copy. Then deadline dia 11 Jun 09 (kalau official 12 Jun. Tapi supervisor nk aku hantar cpt).
Nasib aku memang baik sbb aku dpt siapkn dan selesai print thesis tu pada malam 10 Jun 09. Aku ada SMS pd supervisor aku yg aku nk hantar thesis aku pada 12 Jun 09 since aku baru nk ke kedai buat harcover masa tu dan dia kata OK. Bila sampai kedai printing/photostat untuk buat hardcover thesis aku, aku minta tuan kedai tu siapkn hardcover tu 11 Jun 09 waktu tgh hari. Katanya bleh tp kena byr double sbb kalau ikutkn 2 hari bleh siap. Aku pula minta siapkn 1 hari sbb tak nak tangguh2. Aku pun setujulh utk bayar double dan aku kena amik thesis tu pada 11 Jun 09 pada pkl 3 ptg. Still sempat nk hantar thesis tu sbb office hour belum habis lagi time tu.
Mengikut deadline yg dijanjikan oleh supervisor aku, aku jgk berjaya menghantar thesis itu dan sekarang tgh tggu keputusan penuh untuk project 2 aku ini. Harap2 aku dpt result yg memuaskan bila dh calculate dgn subjek yg aku amik sem lps. So pengajaran drpd cite ni kpd junior2 yg nk amik final year project, jgn tangguh2 nk buat project ni. Lecturer yg akan menilai masa presentation akan tanya bermacam2 soalan yg kadang2 bleh buat kita fail masa present. Tak lupa juga korg kena bersedia dgn keadaan yg akan berlaku. Contoh dalam cite ni, mula2 students yg BS untuk project diberitahu present bln November. Tapi akhirnya terpaksa present bln Jun.
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment