puisi cinta yg datang dari hati....

0 comments

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

Puisi di atas dibacakan oleh seorang pelakon iaitu Zahiril Adzim (yg pegang watak Daim dlm drama TV Juvana) ketika hari persandingan beliau. puisi ini ditujukan kepada isterinya dan ia membuatkan isterinya terharu apabila mendengarnya..jika puisi ni tidak dibacakan oleh beliau harap dimaafkan..sekian terima kasih.


p/s: kalau aku, aku nk ubah part "Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku" kepada "Selamat menjadi adik pada abang-abangku" sebab aku tak ada adik dan kakak..hahaha..

Najwa Latiff-Carta Hati

0 comments

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…

Lagu Cinta

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian..lama juga tak update kt blog ni ye..minta maaf banyak2 sebab aku very busy lately..oklah..hari ni aku nak cerita sikit pasal mat lutfi memberi pandangan mengenai lagu melayu yg cinta2 tu..haha..siapa mat lutfi ni?takkan tak kenal kot..dia tu vlogger paling famous..banyak video dia dh post kt youtube. memang hampir semua video yang dia pernah letak kt youtube sangat kelakar dan ada juga unsur sindiran..oklh..aku cakap panjang2 ni pn korg mesti tak caya kan? tak pe..tgk video mat lutfi yang paling latest (pasal lagu melayu yg cinta2) kt bawah ni



macam mana? antra lagu2 yang dia komen adalah lagu 3 kata-KRU (ye aku ada post kt blog lirik lagu ni), Forteen-berdua bersatu dan Aliff Sattar apa ntah tajuk lagu dia..bagi aku ada certain lagu melayu best dan ada yang tak best..so tak perlu lah hina lagu2 melayu..apa yg dikatakan oleh mat lutfi dalam video di atas adalah hiburan semata-mata..tak perlulah pandang serius..aku pun seronok juga tgk video2 mat lutfi ni..so that's all from me today..till we meet again next time.

KRU-Tiga kata

0 comments

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Chorus
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta

Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah

Ulang Chorus

(Rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihatlah di hatimu semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung
Jadi luahkan sekarang luahkan

Ulang Chorus

Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta (Aku cinta padamu)

Wo ai ni
I love you

The WORST ever..

0 comments

Assalamualaikum readers..alhamdulillah..we meet again for the new entry. I kow you guys out there loves k-pop music right? it has become a trend lately so far but still it is not my cup of tea..Today I just want to share ith you guys about few of our local artist (malaysia) who tend to be like k-pop (korea pop) artist. aaauuu..please don't get me wrong. I don't mean to hurt these artist feelings. I have no intention ok. it is just because when I saw their videos in youtube and I saw a lot of numbers DISLIKE rather than like the video..if we convert it to percentage, I would rate as more 80% dislike..huhu..ok..ladies and gentlement. I would like to introduce to you, our 1st local artist that tend to be k-pop artist:




Max 24:7


Max 24:7- The group that has most members in a group as you can see only a few of them singging & dancing while other members only just becoming a "back-up dancers"..



Gula-gula


Gula-gula- Gula-gula? I keep on laughing when I heard the group name. Not only that. their song and the dance move also looks awful..OMG..enough is enough




Fourteen


Fourteen- actually there is nothing much wrong with this group. many people loves this video (lots of like button in youtube). Maybe this group is not a copycat of k-pop group (my mistake). they have a good voice and a good song from the video above. one thing that makes me sick is the video clip above.huhu..it is hard for me to describe about this group video clip and I just leave it to you to comment about the clip above..


So, I hope you guys enjoying yourself by watching the videos above (daa..). once again I would like to apologise if I hurt anybody feelings about today's entry..no intention to make anybody angry..hoping this entry is not a controversion post that I ever made..I'm still be carefull with whate ever I do..see you again folks..

Jamuan Hari Raya Mutiara Bangi 2011

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian..apa khabar? sihat? ye..kita sudah hampir ke penghujung syawal..sapa2 ada plan nk wat puasa enam skang lupakan hasrat tu ye sebab dh masuk 26-27 syawal dh pun..semalam (24 September) sekali lagi telah berlangsungnya majlis jamuan hari raya mutiara bangi. memang setiap tahun neighbourhood tmpt aku tinggal ni akan mengadakan jamuan hari raya. tujuan nya hanya satu iaitu mengeratkan tali silaturrahim sesama jiran dan mana lah tahu kita baru kenal jiran kita masa jamuan ni ke..atau baru tahu dia baru pindah di kawasan yang sama dengan tempat kita tinggal..oklah aku tak nak cerita panjang pasal motif tu..kalau tak silap aku masuk tahun ni dah 6-7 kali dah diadakan majlis ini. semestinya tahun ni ada kelainan sedikit daripada tahun yang lalu.



tahun ni, jamuan hari raya diadakan di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi pada pukul 8 malam. bagi aku tempat ni kira ok jugaklah tp stage utk persembahan tinggi skit tp kecik and ada dua-tiga anak tangga je (tahun lps kt puri pujangga, UKM stage rendah dan luas skit). keseluruhan acara malam tu termasuk persembahan aku hanya kategorikan sebagai sederhana sahaja..jiran-jiran yg hadir tetap terhibur dengan persembahan2 malam tu. persembahan belia? mestilah ada walaupun tidak sehebat tahun lalu..ada jugaklah daripada langsung tak ada kan.belia hanya membuat persembahan nyanyian sahaja.seronok! 1 persembahan nyanyian berkumpulan (band) dan satu lagi persembahan nyanyian solo. aku tak terlibat dalam apa duty mahupun persembahan sebab aku hanya mahu duduk diam dan enjoy pada malam itu. cukup hanya aku merakamkan video persembahan di atas pentas dengan menggunakan kamera video yang aku miliki sejak dua tahun yg lalu..thanks abg mal (abg aku). berbaloi juga abg aku memberi kamera video itu kepada aku. tidak ketinggalan juga aku ada mengambil beberapa keping gambar. kalau korg semua nk tgk video dan gambar yang aku rakam pada malam tu, korg bolehlah ke facebook aku untuk melihat foto2 dan video2 tersebut..




jika tahun lalu golongan belia menguasai pentas, tahun ini kanak-kanak mutiara bangi pula memberikan persembahan yg menghiburkan..mereka menyampaikan lagu patriotik secara berkumpulan, ada juga yg menunjukkan bakat melalui bermain organ, biola dan bercerita..sudah terserlah bakat2 mereka ini. aku kagum dengan kebolehan kanak-kanak mutiara bangi ni..semoga bakat yg telah mereka persembahkan pada malam itu dapat terus digilap oleh ibu bapa mereka (boleh la tiap2 tahun peform)..aku bersyukur kerana tahun ini buat pertama kalinya tidak ada langsung persembahan pakaian beragam oleh kanak2 seperti tahun2 yg lalu..bosan..asyik menda samaje kn tiap2 tahun..oh tak lupa juga keluarga aku memenangi hamper dalam cabutan bertuah..family aku dpt hadiah tersebut ketika hampir2 ke cabutan yg terakhir..alhamdulillah..rezeki..macam2 makanan ada. besar pula tu..apa2 pun semoga semangat kejiranan harus diteruskan dan ikatan persahabatan dapat dieratkan. semoga kita jumpa lagi pada entry yg akan datang. sekian



muka happy dpt hadiah cabutan bertuah (cabutan nombor kedua terakhir pula tu)

Hantaran kawin yang MELAMPAU

0 comments

Assalamaualikum readers sekalian. memang kita sekarang ni dikejutkan dengan nilai hantaran kawin yg agak tinggi berdasarkan taraf pendidikan seseorang tu.maknanya nilai hantaran yg dikenakan tu sesuai dengan kelulusan seseorang. kalau org tu ada degree dalam bidang ni dari universiti oversea nilai dia cmni. manakala kalau org ni ada diploma dlm bidang ni tp balaja kt universiti kt mesia, nilai dia byk ni.aku pun tak terkecuali untuk berasa terkejut bila mendengarnya..mana tak nya..menda cmni boleh dibuat seperti urusan jual beli..bila masalah ekonomi melanda negara kita (harga barang naik) maka hantaran juga turut meningkat..inilah akibatnya bila masalah dunia lebih diutamakan manakala soal agama ditolak ketepi..apa semua ni? kira2 dua minggu lalu, aku ada letak status mengenai soal ini di facebook aku. status yg aku letakkan di facebook adalah seperti gambar di link ni-->nilai hantaran tinggi


p/s: sapa2 tak dpt baca status tu, kena jd friend aku dulu kt facebook ye..sebab tak semua org bleh tgk status tu. nk letak gmbr tak bleh sebab imej kabur bila zoom in..



ini pula pendapat seorang ustaz yang agak famous iaitu ustaz Azhar Idrus (zoom kalau nk baca lebih jelas):


So, harap korg semua fikirkan balik..soal adat atau agama lebih penting. jangan terlalu taksub dengan apa yg berlaku di duniawi..ramai yg bertanya pada aku bila aku nk kawin..aku pn jawab la nak kawin cmna pompuan skang materaialistik (tak semua ok). lagi2 skang hantaran kawin sgt tinggi..paling murah pn RM 10,000.00. huhu..bujang sampai ke tua la..aku juga tertarik dengan apa yang dikatakan oleh besan mak aku (mak mertua abg aku la..). katanya memang skang susah nak cari pompuan yg baik dan tak pentingkan harta..memang betul..kalau dia tanya pihak pompuan juga dia akan kata susah nk cari lelaki yg baik skang ni..ok..nobody is perfect..satu lagi yang membuatkan aku tertawa adalah diaolog dia seperti



"Tak lama lagi rancangan USTAZAH PILIHAN akan klua di Astro. carilah calon isteri kt dalam program tv tu. mana tau berkenan ke. hehehe"



cmna pn jodoh dan pertemuan di tangan tuhan..biarlah aku kukuhkan ekonomi aku dulu sebelum aku mencari pasangan hidup.

Aku tak sembahyang TETAPI aku berjaya

0 comments

Assalamualaikum reades sekalian. jangan terkejut dgn tajuk entry kali ini. aku sembahyang ok! just nk bg renungan pada korg sahaja. aku percaya ada antara korg yg tak sembahyang tp berjay dlm hidup. buat dosa pn boleh berjaya. aku tak nak tahu rahsia kejayaan korg walaupun tak solat. sama2 kita renungkan dengan membaca petikan di bawah ini:


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

*petikan di atas ini aku ambil daripada blogger lain. ini menarik minat aku untuk copy sebab perkara ini sering jadi dalam masyarakat kita terutama yg beragama Islam. bagi agama lain, itu terpulang pada kepercayaan masing2.

Raya kini tidak meriah seperti dulu?

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian..Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Alhamdulillah hari ni sudah pn masuk hari ke-4 kita menyambut hari raya. setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, kita telah pun menyambut hari kemenangan ini..adakah cukup amalan yg kita lakukan pd bulan puasa yg lalu?masih adakah lg Ramadhan utk kita pada tahun hadapan?huhu..aku hanya mampu berdoa pada Allah agar panjangkan usia ku semoga aku dapat bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun hadapan..Ramadhan telah pun melabuhkan tirainya..kini Syawal pun menjelma..bagaimana dengan sambutan hari raya korang? tahun ni agak istimewa sedikit bagi seluruh rakyat Malaysia kerana kita menyambut Hari Raya serentak dengan Hari Kemerdekaan yg ke-54 dan sambutan kali ini dikenali sbg Merdeka Raya. adakah meriah sambutan hari raya tahun ini?


untuk menjawab soalan itu, bagi aku sambutan hari raya tahun ini agak suram.kenapa taufiq?tak dapat duit raya ke? bukan pasal duit raya..mmg sejak jd student universiti lagi aku dh tak dpt duit raya. biar aku straight to the point apa yg suram raya tahun ni:




  • bila raya rumah nenek aku kt shah alam, sedara mara tak ada. masing2 raya rumah keluarga suami atau isteri diorg. maklumlah sepupu aku ramai dah kawin dan ada anak..aku dgn parents aku pegi umah nenek selepas semayang zohor. bila sampai memang mengejutkan. sunyi sepi rumah nenek aku tu. dalam hati memang rasa kesian..dulu memang meriah sampai kitrg sedara mara pakat pegi umah nenek dulu.time tu ramai blom kawin. riuh rendah lah umah nenek aku time tu..makanan nenek yg paling best kitrg suka ialah rendang dia..tak kisahlh rendang daging atau ayam


  • sedih sebab tinggalkn bulan ramadhan..huhu..adakah aku rasa ramadhan tahun ini adalah ramadhan terbaik bagiku?susah hendak aku katakan..mungkin tak banyak amalan yg aku lakukan pada bulan mulia ini untuk tahun ini..hanya Allah sahaja yg tahu apa yg telah aku lakukan dan banyak mana amalan yg aku lakukan pada ramadhan yg lalu..


  • kehilangan ahli keluarga iaitu atuk aku yg telah ke rahmatullah kira2 7 tahun yg lalu. walaupun sudah lama arwah meninggal dunia, kehilangan dia amat dirasai..kami sekeluarga tidak pernah lupa untuk menziarahi kubur arwah pada setiap tahun beberapa hari sebelum raya.


  • harga barang keperluan meningkat walaupun mencukupi. memang bertuah kita yg berada di Malaysia ni kerana barang keperluan untuk hari raya memang mencukupi dan tidak ada yg kurang pun. harga barang keperluan kini memang meningkat. paling mengejutkan aku ialah harga lemang kini paling murah pun RM 12 utk satu batang. itupun ikut saiz juga. huhu..mati2 aku ingtkn harga paling murah RM 8. haha..itu harga dulu..bape tahun lps da..tp tak mengapa. walaupun harga barang keperluan naik, rakyat tetap membeli dan menyambut hari raya secara sederhana dan meriah. kita juga bertuah kerana menyambutnya dgn aman dan berbilang kaum.


  • kuih tradisional dh pupus? betul ke skang ni susah nk jumpa dodol dan wajik spt yg heboh dalam facebook? kuih lain spt bahulu pn jarang jumpa sekarang. harap kuih2 ini tidak lg pupus kerana inilh makanan tradisi kita sejak zaman dahulu kala lg. semoga ia akan kekal selama-lamanya

ini pula perkara2 yg menceriakan hari raya tahun ini (happy lah tu):




  • kedua-dua kakak ipar buat kek dan buat soto utk hari raya. aku gembira melihat keinginan kedua-dua kakak ipar aku mahu buat kek dan soto utk hari raya. sorg buat kek sorg lagi buat soto. memang rilek la mak aku (tolong jgk.tolong chek. hahaha). diorg buat dua menu tu pun sehari sebelum raya..dan memang mereka sekeluarga menginap di rumah aku dan menyambut lebaran di rumah aku pada hari itu. haha..cuba bayangkan mereka, abg2 aku dan anak2 diorg berada di rumah aku..fuhhh..meriah..apa2 pn memang terbaik masakan diorg. sedap..


  • 1st time bagi duit raya kpd ibu bapa aku dan anak2 saudara aku. tahun ini adalah tahun pertama aku memberi duit raya kepada mereka. walaupun nilainya tak setinggi mana, tetapi keikhlasan dan ingatan kita pada mereka terutama skali ibu bapa adalah amat penting. insyallah kita dimurahkan rezeki pada masa akan datang jika kita memberi dan sedekah pada yg memerlukan. memang benar apa yg dikatakan tangan yg memberi adalah lebih baik drpd menerima..sebenarnya pemberian duit raya ni hanyalah adat dlm masyarakat melayu. kalau pegi ke negara2 lain terutama skali di negara arab, tak ada pn pemberian ini. mungkin pemberian duit raya ni berlaku di negara Asia je..pemberian duit raya ni hanya semata-mata untuk bersedekah..mak ayah aku gembira bila masing2 dapat lebih satu sampul. mereka juga ada terfikir sama ada wang yg ada pada setiap sampul adalah wang besar atau kecil.


  • tahun ni skali lagi abg aku yg ke-3 iaitu akmal (abg mal) bersama isteri dan anaknya, Gen tidak menyambut raya bersama aku dan keluarga. mereka skali lagi menyambutnya di Jepun sejak tahun 2008 lagi. aku dan keluarga masih berharap mereka dapat pulang berhari raya pada taun dpn insyallah..walaupun tak dpt menyambut raya bersama, kami sekeluarga menghubungi dia melalui internet. kami webcam dgn menggunakan Skype untuk menghubungi dia. seronok dpt menghubungi abg aku ini melalui Skype lebih2 lagi dengan menggunakan kamera webcam dimana kita boleh melihat wajah dia dan dia juga boleh melihat wajah kita pada masa yg sama. sungguh canggih teknologi kini bukan? pertama kali menghubungi dia menerusi webcam pada hari raya pertama dan hati ini berasa gembira tak terkata kerana semua ahli keluarga aku dapat berhubung dengan abg mal melalui webcam. paling kelakar dan sedih adalah ketika abg aku yg sulung, abg zed menunjukkan makanan lemang dan kek lapis di hadapan kamera kemudian Gen cuba mengambil makanan tersebut. selepas itu dia meminta makanan tersebut menggunakan isyarat tgn (isyarat tgn cara dia). kesian..biasalah..lemang dan kek lapis ssh nk dapat di negara Jepun..sungguh tinggi imaginasi Gen seolah-olah lemang dan kek lapis yg ditunjukkan oleh abg zed dpn kamera tu berada dpn mata dia..padahal kita berada di tempat berbeza jauh plak tu.


  • membayar zakat fitrah pada bulan puasa yg lalu. aku melunaskan tanggungjawab ini utk 1st time. seboleh-bolehnya jgn tangguh hingga saat2 akhir bulan puasa untuk membayar zakat fitrah..aku membayar zakat fitrah tahun ini pada hari ke-7 kita berpuasa. ini memberi pengajaran padaku bahawa rezeki yg kita perolehi dan diberi oleh Allah hanya sementara dan patut dikongsi pada orang yg memerlukan..aku tahu ramai juga yg mengeluh terutama yg mempunyai ramai anak menyatakan bayaran zakat fitrah sekarang ni tinggi iaitu RM 7 bg negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. nak buat cmna, harga beras sekarang dh naik..sama2 lah harap harga beras tidak akan naik pada tahun dpn. jgn berkira sgt dgn harga zakat tersebut kerana suatu hari nanti insyallah rezeki kita akan bertambah jika kita membayar zakat dan bersedekah. yang penting buat dgn ikhlas..


  • takbir raya dari rumah ke rumah pada mlm raya (sehari sebelum raya pada waktu malam). mungkin tradisi ini tak berlaku atau jarang berlaku di kawasan bandar. biasanya tradisi ni berlaku di kawasan kampung. sebenarnya takbir raya ni ada berlaku di kawasan perumahan aku di bangi. selepas solat isyak, jiran2 aku termasuk aku mula takbir di surau dahulu. kemudian kami berpecah mengikut zon rumah masing2. pembahagian mengikut zon ini sgt memudahkan kerana terlalu banyak rumah yg sudah di bina di kawasan perumahan kami. adalah mustahil untuk bertakbir raya di semua rumah kerana ini akan memakan masa yg lama untuk selesai dan mungkin takbir akan tamat pada lewat malam..ketika mengikut rombongan ni, aku teringat zaman kanak2 aku dahulu. ketika menyambut raya di kampung ayah aku di Perak, aku ikut ayah aku dan arwah atuk aku takbir raya dari rumah ke rumah pada malam raya. boleh kata lewat juga takbir raya tu selesai..tidak semua tuan rumah yg memberi duit kepada kami ketika takbir raya waktu itu. kalau mereka beri, kami terima. tidak mengharapkan sgt. sama juga situasi ketika takbir raya di kawasan perumahan aku ni. tidak mengharapkan pemberian duit daripada tuan rumah. kalau tuan rumah bagi pn hanya pada kanak2 shj. alhamdulillah perjalanan takbir raya dari rumah ke rumah tahun ni berjalan lancar dan tamat pada pukul 12 tgh mlm malah rumah yg dilawati pn tak banyak sebab ramai yg pulang ke kampung halaman.

begitulah cerita raya tahun ni bg aku tidak semeriah spt dahulu..aku tetap bersyukur kerana masih dapat menyambutnya bersama keluarga..ada juga hamba Allah yg lain tidak dpt menyambut hari raya disebabkan terpaksa bekerja pada hari raya, tiada keluarga atau berkhidmat untuk melindungi negara kita daripada ancaman luar (biasa tentera dan polis). oklh. setakat ini sahaja cerita aku untuk hari ini. insyallah akan ada lagi cerita2 menarik akan dikongsikan di blog ini.

Perkara2 yang HANYA berlaku di bulan puasa sahaja

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian..agak lama juga aku tak update blog ni ye. kalau tgk jumlah post yg aku update sepanjang tahun ni (setakat hingga bulan Julai) hanya 15 je..rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkn selamat berpuasa kepada semua umat Islam. dh seminggu kita berpuasa ye..bagi yg nk beraya tu sabar..tggu lagi 3 minggu..kebetulan pula tahun ni kita menyambut hari raya sehari sebelum hari kemerdekaan (insyallah..)..jadi bagaimana dgn puasa korg? ada tertinggal? kalau setakat ni puasa penuh baguslah tp ingt jgn berpuasa menahan lapar dan dahaga je. perkara2 yg membatalkan puasa pun harus dijaga. oklah..di sini aku nk senaraikan perkara-perkara yang HANYA berlaku di bulan puasa sahaja. terlebih dahulu aku ingin mohon maaf sekiranya apa yg aku senaraikan ni menyinggung perasaan/sensitiviti orang ramai mahupun kesucian di bulan ramadhan ni. tidak ada niat untuk aku menyakiti hati orang lain. ini cuma pandangan aku je. apa yang aku senaraikn ni perkara2 yg berlaku di Malaysia. maaflah. aku tak pernah menyambut puasa di oversea..mana lah tau..ok mari kita saksikan

Perkara-perkara yang HANYA berlaku di bulan puasa sahaja (bulan2 lain tak pernah/jarang berlaku):

  1. Alert waktu sembahyang Maghrib, Imsak dan Subuh -memang biasa waktu sembahyang macam ni kita, termasuk aku sentiasa amik tahu pada setiap kali bulan puasa. tempoh waktu sembahyang maghrib dan subuh adalah singkat kira2 1 jam berbanding tempoh waktu solat yang lain. pada bulan puasa, kita semua alert waktu maghrib untuk berbuka puasa manakala waktu sembahyang subuh pula membolehkan kita bersahur sebelum waktu sembahyang subuh. bila bulan lain selain bulan puasa, waktu sembahyang subuh dan maghrib tidak dipedulikan termasuk lah waktu solat yang lain. bila org tanya pukul bape maghrib mesti ada yg jawab "pukul 7.30 kot", "pukul 7.45 kot".
  2. Surau/masjid mula ramai jemaah dan masjid/surau penuh dengan jemaah (awal2 puasa dan 10 malam terakhir je penuh) - Kenapa penuh bila bulan puasa je? sebab nk menunaikan solat tarawikh. solat tarawikh hanya dilakukan pada bulan puasa je. tak kisahlah nk buat di rumah atau di surau/masjid. besar pahala jika buat solat tarawikh ni walaupun ia tidak wajib. kalau tak kerana solat tarawikh ni, mungkin bilangan jemaah di surau/masjid masih kurang seperti bulan-bulan yang lain. apa2 pun bilangan jemaah yg datang surau/masjid hanya penuh bila awal2 bulan puasa je. lama kelamaan bilangan makin kurang. lagi satu pasal buka puasa dan moreh di surau/masjid. ini yang menggalakan ramai yg datang ke masjid pada bulan puasa. makan free sapa tak nak. kalau bulan2 lain cmni mesti ramai yg sentiasa pegi masjid/surau hanya sbb makanan. ish3..
  3. Hidangan wajib buka puasa -Mesti korang ada makanan wajib untuk berbuka puasa dan hanya bulan puasa je boleh dapat. bagi aku, hanya air 100 plus aku wajib ada setiap kali bulan puasa untuk berbuka. bulan2 lain pun beli jugak tp botol kecik je la. bulan puasa kena beli botol besar. tak lupa juga salah satu makanan wajib ada pada bulan puasa ialah Bubur Lambuk Kg Baru. ye..hanya bulan puasa je boleh dapat makanan ni di masjid Kg Baru, KL. bertahun2 dah wujud bubur lambuk ni di masjid tersebut yg boleh didapati secara PERCUMA. kalau nk dapatkan bubur ni, kena beratur awal jgklh..dan pihak masjid memang membuat bubur ni lebih daripada 10 periuk. huhu..
  4. Banyak majlis2 berbuka puasa bersama dengan anak2 yatim, OKU, ibu2 tunggal dan banyak lagi majlis amal diadakan - ye..setiap kali bulan puasa juga, banyak majlis2 buka puasa bersama anak2 yatim, ibu tunggal dan lain2 diadakan. bila tiba bulan2 lain, jarang2 berlaku. benar, bulan puasa adalah masanya untuk tingkatkan pahala dan salah satunya ialah bersedekah. harap ia tidak terhad pada bulan ramadhan je.
  5. Zakat fitrah - Zakat fitrah hanya ada pada bulan puasa sahaja dan ia wajib untuk semua orang Islam yg mampu. zakat ni boleh dibayar mulai awal ramadhan sehingga sebelum solat sunat hari raya. namun ramai juga yang bayar last minute.
  6. Main mercun dan mangsa letupan mercun - seperti asam garam kita setiap tahun bila mendengar bunyi letupan mercun. kadang2 baru berapa hari je puasa dh mula main mercun. mangsa letupan mercun pun menjadi2 juga dan aku sudah bosan mendengarnya dan takut melihat kecederaan yg dialami oleh mangsa bila melihat di surat khabar. aduh..ngerinya..baru2 ni berita mangsa letupan mercun dh muncul di surat khabar. dengar cite mangsa putus 3 jari ditangan kiri..kejadian ni berlaku pada hari ke-4 kita berpuasa kalau tak silap. sampai bila cerita macam ni nk berenti. sejak aku kecik sampai sekarang cite ni jugak klua
  7. Salam perantau mula disiarkn di dalam akhbar2 - anda ada kenalan atau kaum keluarga yg berada di oversea? tiap kali puasa atau raya mesti korg tak akan terlepas untuk melihat ruangan ni yg memaparkan gmbr2 rakyat2 malaysia yg berada di oversea dengan ucapan puasa dan raya mereka..kebanyakan gmbr yg muncul di bahagian ini ialah students yg belajar dia luar negara. selain menyiarkan gmbr2 berlatar belakang tempat2 menarik dan suasana menarik seperti salji, ruangan ini dapat membantu pelajar2 sekolah untuk belajar bersungguh2 supaya berazam dapat meneruskan pengajian di luar negara selepas tamat zaman persekolahan mereka nanti.
  8. Wujud bazar ramadhan yg menjual macam2 makanan dan minuman - kini bazar ramadhan wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. dh banyak makanan dan minuman yg dijual dan kadang2 nama pelik2 muncul. untuk tahun ni, sehingga kini, aku belum berpeluang untuk mengunjungi bazar ramadhan. macam pesta makanan pula dah bazar ramadhan sekarang ni. masa ni ramai yg amik peluang untuk meniaga sbb boleh mendapatkn lebih keuntungan masa bulan puasa ni (ye ke?). setiap hari mesti ramai je yg pegi bazar tanpa mengira usia mahupun agama. aku ingin ingtkn elakkan pembaziran ketika membeli. beli ikut kemampuan je lebih2 lagi harga makanan dan minuman di bazar kini sudah meningkat.
  9. Ramai yg nk balik ke kampung halaman sehari/dua hari sebelum 1 Ramadhan sebab nk berbuka puasa/sahur bersama keluarga - pada minggu lalu, 2 hari sebelum umat Islam berpuasa selama dua hari berturut-turut, berlaku kesesakan trafik di beberapa jalan di KL. untuk pengetahuan semua, beberapa negeri sahaja di Malaysia ni dh confirm cuti umum pada 1 Ramadhan. KL, Selangor tak cuti. tapi ada je yg nk mintak cuti sebab nk sambut puasa kt kampung. walau apa pun, bila waktu berbuka, masa inilah yang menyatukan seluruh keluarga. bagi yg berada di perantauan, mungkin akan terkenang saat ni bila hari pertama puasa kn?
  10. Rancangan TV yg banyak unsur keinsafan - sekarang ni banyak je program TV psl bulan puasa disiarkn di TV. ada yg genre serius dan ada juga komedi. yang penting kedua-duanya ada mesej unsur keinsafan dan mengingatkn kita pada amalan2 yg dilakukan pada bulan puasa. Salah satu drama TV yg kini giat disirkan ialah Ramadhan Terakhir. huhu..agak terkejut dan takut mendengar tajuk itu. tahun2 sebelum ni pun ada jgk rancangan TV yg memberi keinsafan..
anyway, tu sahaja lah yg aku dapat senaraikan. ramadhan tahun ini marilah kita merebut peluang untuk membuat lebih banyak amal ibadat sebab manalah tau ini ramadhan terakhir kita..huhu..xbleh dgr perkataan tu. sedih..

Drama Band-Babak Pertama

1 comments


acoustic version 1




acoustic version 2




normal version


LYRIC


Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti

Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh!

Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti

Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh! oh! oh! oh! yeah!

Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh oh oh oh
oh oh oh
oh!

Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?(Renungan)

0 comments

Assalamualaikum readers sekalian..apa khabar? pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai. cepat betul masa berlalu dan kira2 6 bulan dari sekarang usia aku pun akan berubah menjadi suku abad. suku abad? umur bape tahun tu kalau suku abad? cari lah sendiri. hehe..setiap insan pasti akan menghadap ilahi..dari Dia kita datang dan kepadaNya kita pergi..sedih kejap.bukan sengaja nk cerita pasal mati..cuma peringatan sahaja sebab semua manusia pasti akan meninggal dunia tanpa mengira usia muda atau tua. aku tahu boleh kata kita semua ada akaun laman sosial Facebook atau singkatannya disebut FB. tujuan aku cerita menengenai mati ni sebenarnya pernah tak korg suma fikir apa yg akan jadi pada akaun Facebook korg bila korg sudah meninggal dunia nnti? Ha? cmna tu? adakah kita akan fikir mesti org yg nk add kita as friend pasti akan menunggu approval daripada kita selama berbulan2 bila kita tiada nnti ataupun mesti byk notification kt akaun FB diri sendiri..sebenarnya semua ni tak perlu difikirkan. cuba baca details di bawah ni dan marilah sama2 kita renung2 kan:

mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access.. dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..

moga Allah redha dengan perkongsian ini amin. semoga post ini dapat memberi pengajaran dan ilmu yang berguna kepada kita termasuklah diri aku sendiri..

Demam Nur Kasih The Movie

0 comments



Assalamualaikum readers sekalian. sebelum ni kira2 sebulan dua yg lepas ada aku siarkn cerita sountrack filem Nur Kasih The Movie (NKTM) yang dinyanyikan oleh Tiz Zaqyah. Sekarang ni filem yang ditunggu-tunggu tayangannya selepas drama tersebut mencatat rating sebanyak 19 juta penonton sudah mula tayangan bermula 19 Mei yang lalu. Ye..Nur Kasih The Movie dah ada di pawagam sekarang. sebenarnya aku nak pegi tengok wayang cite ni pada 21 Mei atau 22 Mei yang lepas tetapi dh penuh la bila buat reservation melalui telefon dan online..bagi aku awal lagi kalau nk tengok 2-3 hari selepas hari pertama tayangan. biasalah kn lumrah..macam tak percaya kan? ramai jgk yang tanya bagus sgt ke cite NKTM ni? kalau nk tau kena lah tengok. kalau yang follow drama siri ni dua tahun lps mestilah kata bagus dan tak sabar nk tengok yg movie plak. huhu..aku pn memang nk sgt tgk cite ni kt panggung wayang sebab aku dh lama sgt tak tgk wayang..hmm..dlm entry kali ni aku bukan nk cerita pasal movie ni tp pasal perjalanan aku nk tgk wayang cite ni. bukan apa..dgr cite movie ni dpt collect RM 3-4 juta dlm masa seminggu. dh seminggu pn ramai yg nk tgk cite ni.


minggu seterusnya pada 29 Mei (Ahad), aku berjaya menonton filem NKTM ni. ini pun dpt last minit. aku dapat juga tgk wayang akhirnya selepas lebih setahun aku tak pergi ke panggung wayang. perjalanan aku nk pegi tgk wayang pn ada cite dia jgk. hehe..ingt movie je ada jalan cite. mula2 aku plan nk tgk wayang 29 Mei jgk tp waktu tayangan pukul 3 ptg punya. tp disebab kan ada hal yg tak dpt dielakkan (masa suntuk.padan muka xnk book awal2. hehe) plus try call utk reservation and tgk seat kosong yg ada kt online (reservation online) pn cm penuh je, aku pilih amik pukul 5 ptg punye. aku pn buat call reservation sekali lagi and tgk seat kosong yg ada kt online (reservation online). waktu ni dalam pukul 3 or 3 lebih. wat reservation online pn tak berjaya sama jgk dgn call. aku pn tanpa buang masa pergi ke panggung wayang di Alamanda, Putrajaya utk membeli tiket wayang secara manual (beratur di kaunter). ye..aku tahu aku harus beratur panjang untuk beli tiket dan belum tentu ada seat kosong untuk aku tgk cite NKTM ni lebih2 lagi aku klua umah pukul 3 lebih dan sampai di panggung wayang pukul 4.


Sampai saja aku di panggung wayang, tu dia..panjangnya beratur..memang betul jangkaan aku. tak apa aku tak kisah. tgh aku beratur, aku fikir kalau tak dpt tgk NKTM, aku tgk cite lain la tak pun jalan2 kt Alamanda ke. ketika aku beratur, tiba2 ada pengumuman yang memberitahu movie Kung Fu Panda 2 dan Pirates of the carribean dh sold out. kebetulan kedua-dua movie tu baru 2-3 hari tayangan dia dan sesuatu telah terjadi di hadapan aku ketika aku beratur. kira2 20 orang atau lebih yg beratur di hadapan aku dh mula klua barisan. haha..diorg nk tgk dua-dua movie tu ke? adoi..barisan pun dh makin pendek bila diorg suma klua..kemudian ada lg pengumuman bahawa movie yg aku nk tgk iaitu Nur Kasih The Movie hanya ada 10 seat kosong berasingan. huhu..terkejut jgk aku. ada 10 seat je lagi..tp berasingan la dan sesuai sgt dgn aku sebab aku pegi berseorangan. lama kelamaan hampir giliran aku membeli tiket selepas 20 orang di hadapan aku dh klua barisan dan ramai org yg dihadapan aku sudah membeli tiket.


jam di tangan dh pukul 4 lebih. bila tiba giliran aku, aku pun ckp nk tiket utk movie NKTM utk pukul 5 ptg. cashier tu pn menunjukkan aku seat yg masih available. seperti dimaklumkan memang btul hanya ada 10 seat kosong yg berasingan je dan barisan seat yg masih available juga tmpt yg tak strategik (biasa tgk wayang bhg tgh dan row belakang ataupun bhg tgh dan row tgh). aku pun pilihlah tempat mana yg aku nk iaitu row tgh bhg kiri tepi dinding. tak kisah asalkan dpt tgk wayang waktu tu jgk. huhu..hebat jgk penangan movie Nur Kasih ni. dh seminggu tayangan dia still penuh jgk. lepas aku beli tiket, aku solat Asar dulu sbb masih awal lg. alhamdulillah..dpt jgk aku tgk wayang cite Nur Kasih The Movie ni walaupun agak last minit dan dpt tmpt duduk yg tak bape strategik. keseluruhannya, cite ni mmg best. memang tak rugi pn tgk wayang. ikutkan aku nk tgk lagi movie ni utk kali kedua. insyallah kalau masa mengizinkan, boleh je. bg sesiapa yg follow drama siri ni dua tahun yg lalu, sila la tgk ye. sapa2 yg tak follow atau tak tengok langsung drama siri Nur Kasih, memang tak ada masalah kalau nk tgk movie dia. ramai yg ckp movie Nur Kasih ni sambungan daripada drama siri. bg aku mmg pn sambungan tp xjd masalah kalau sapa2 yg tak follow versi drama dan trus tgk versi filem.

Yuna – Penakut

0 comments



Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Nur Kasih The Movie

0 comments

Korang masih ingt lagi tak aku pernah cite psl gadis idaman aku? apa tak ingat! cuba pegi klik kt sini --> gadis idaman aku. it's ok..sbb dia pn dh berlakon filem pula. hahaha..ye..Tiz Zaqyah berlakon cite Nur Kasih The Movie pula slps siri drama tu mmg popular kira2 2 tahun lps. movie ni akan muncul pada bulan Mei tahun 2011 ni. hehe..tak sabar aku nk tggu..dia juga nyanyi lagu tema Nur Kasih The Movie. lagu tema dia sama je ketika Yassin menyanyikan lagu tema tu untuk drama Nur Kasih. bagi aku, Tiz tak sesuai jadi penyanyi. mungkin suka2 je dia nyanyi lagu tu..berlakon je best. tak apa lah. it's a good try for her. nway, just can't wait to watch this movie. sambil2 tu dgr lah lagu tema Nur Kasih yg Tiz nyanyi tu ye.

Sixth Sense - Menyesal

0 comments

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Apa korg buat kalau selalu tidur lewat

0 comments

Korang suma mesti selalu tidur lewat malam kan? tak kira lah bape umur korang atau orang yg dh bekerja mahupun seorang pelajar skola atau universiti/kolej. mesti bg korang kalau tidur dlm pukul 10 mlm tu awal sgt dan hanya untuk kanak2 sahaja tidur akan tidur waktu tu. biasanya korg akan tidur pukul bape? 12 tgh mlm? 1 pagi? 2 pagi? 3 pagi? ok..itu biasa lah..maybe ada yg tidur lps subuh kot..apa yg korg wat waktu2 camtu?

di sini ada beberapa aktiviti yg korg mungkin buat jika tidur lewat:

  1. pada zaman kini yg serba canggih dan pelbagai teknologi yg canggih, ada yg akan buka internet sama ada chatting (YM, Skype, MSN, etc) atau buka Facebook. maybe ada korg yg pergi ke website yg tak patut dilawati..hmmm..

  2. bg yg student universiti/kolej, korg mungkin akan siapkan assignment tak kisah lah last minit ke atau buat cepat2 (ada ke yg buat awal2 assignment?). kalau tak buat assignment, study (iyelah tu). ada yg study last minit mahupun awal (ala..mengaku je la study last minit)

  3. ada yg suka ke kelab2 malam atau clubbing la senang cite..hmm...apa yg dibuat di clubbing pn ntahlah..korg tau2 je la. tak payah nk explain kt sini

  4. aktiviti2 terlarang pn mungkin akan dilakukan seperti merempit, maksiat mahupun melepak tepi jalan

  5. bg yg bekerja shif malam di tempat kerja yg bukak 24 jam (contoh kedai mamak), mereka bekerja pada waktu itu.

  6. meronda di kawasan perumahan bagi mengelakkan rompakan di rumah (kalau kawasan perumahan yg rumah banglo, akan upah security guard. keja guard pn waktu cmni juga)

  7. bagi orang yg beragama Islam, sembahyang sunat akan dilakukan atau qiamulail ke..

so itulah antara aktiviti-aktiviti yg mungkin dilakukan oleh masyarakat jika tidur lewat. bg aku, kalau tidur lewat tu disebabkan perkara2 yg tak dpt dielakkan spt point nombor 2, 5, 6 dan 7 tu tak apa la..kalau tidur lewat semata-mata untuk aktiviti2 selain itu, harap dpt kurangkan..sekian.

Best ke jadi orang kaya?

0 comments

Assalamualaikum readers. mesti ada antara korg ingin kan kereta mewah, rumah idaman macam istana, duit berjuta2 atau billion dan lain2 lagi. senang cite jadi millionaire atau billionaire lah mcm donald trump mahupun oprah. mereka berdua adalah orang terkaya di Amerika. kalau kat Malaysia siapa ek? Datuk Ananda Krishnan? Perdana Menteri, Dato' Seri Najib? ermm..siapa lagi? bolehlah..at least diorg kaya jgk kn..semua orang nk hidup mewah..tapi kemewahan yg dikecapi tu tak akan kekal selama-lamanya..semua tu sementara je. maaflah kalau ada antara korg terasa ye..bersyukurlah dengan apa yg kita peroleh.

kalau aku? hehe..mungkin jd golongan sederhana pn cukup la..kalau rezeki yg aku dapat lebih daripada yg aku jangkakan pn aku tetap bersyukur. alhamdulillah..ni pn rezeki Allah..kita hendaklah sentiasa ingt pada Allah tanpa mengira ketika kita dalam keadaan susah mahupun senang. jika kita lupa pada Allah malah melupakan tanggungjawab kita sebagai hambanya, bila2 masa sahaja Allah akan menarik balik rezeki yg kita dapat tu. jadi papa kedana lah jawabnya..kadang2 dengan kemewahan ini mebuat kita lupa siapa diri kita dan kita lupa pada keluarga kita. jadi setakat ini sahajalah cerita aku yg memang ringkas sangat dan mudah difahami. mungkin ramai yg dh tau psl ni. tujuan aku buka cite ni sbg peringatan je..

Maher Zain- Insya Allah (lyrics)

0 comments

Maher Zain - Insha Allah (English version)

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way


Maher Zain - Insha Allah (Malay Version)

Andainya
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang gelap
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

[Korus]
Insha Allah... Insha Allah...
Insha Allah... Ada jalannya...
Insha Allah... Insha Allah...
Insha Allah... Ada jalannya...

Andainya
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insha Allah... Insha Allah...
Insha Allah... Ada jalannya...
Insha Allah... Insha Allah...
Insha Allah... Ada jalannya...

Kembalilah
Kepada yang Esa
Yakin padaNya panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar... Jalan yang benar
Jalan yang benar...

Insha Allah... Insha Allah...
Insha Allah... Ada jalannya...
Insha Allah... Insha Allah...
Insha Allah... Ada jalannya...
Insha Allah... Insha Allah...
Insha Allah... Ada jalannya...

Gosip

0 comments

Korang mesti tau pasal gosip kan? mestilah tau. gosip pasal itu ini dan lain2 lagi..kadang2 cite yang kita terima tu ada kebenaran dan ada kala nya tak betul..terpulang lah kan..ada jugak gosip yg menceritakan bukan sahaja perkara buruk tetapi berita baik pn ada seperti kenaikan pangkat, perlantikan orang baru dan apa lagi ek..harga petrol turun.hehehe..ntahlah..bagi aku, aku tak layan sangat gosip2 ni. buat apa..buang masa je..kalau orang cakap benda bukan2 psl kita dan perkara itu tak benar, jgn peduli. kalau tau diri sendiri tak buat salah jangan takut. sebab tu aku kata aku tak layan sgt gosip2 ni. biralah kan..mulut orang..diorg nk kata apa..kata la..asalkan kita tak kacau org..wat hal sendiri ye..sedikit peribahasa daripada Mr Karam Sigh Walia:

Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang rugi. hehe..renung2 kan dan selamat beramal..

Maher Zain- Insya Allah

0 comments


English version

Korang mesti kenal dengan Maher Zain kn? mestilah kenal..satu dunia kenal dia. Artis Lubnan yang menetap di Sweeden menyampaikan dakwah melalui lagu2 ciptaan dia sendiri. bilangan peminat beliau di Facebook pun dah melebihi 1 juta. hmm..hebat2..lagu popular dia yg popular ialah Insya Allah. lagu tu dinyanyikan dalam bahasa Inggeris. lirik lagu tu mudah untuk semua faham sampai kanak2 pun suka. makna lagu tu juga mendalam. hehe..baru2 ni (baru ke) Maher Zain dah terbit lagu tu dalam versi bahasa Melayu. wah..respect lah dgn Maher Zain ni. belum sempat artis Malaysia nk translate lagu dia dalam bahasa Melayu, dia dah buat dulu. hehe..apa2 pn tahniah Maher Zain sebab sudah berjaya menyanyikan lagu Insya Allah dalam bahasa Melayu dengan baik. betul apa kalau translate lagu asal dia ke bahasa Melayu. tak percaya korg dengar la sendiri.

Malay version

Ekspedisi mendaki Bukit Broga

1 comments

Pada 15 Januari yang lalu hari sabtu, Kelab Belia Mutiara Bangi (persatuan untuk belia kawasan perumahan aku. kira jiran2 aku yg belia la ahli2 nya) dah anjrukan aktiviti pertama untuk tahun ini dan juga aktiviti pertama sejak penubuhannya sebulan yg lps iaitu ekspedisi mendaki bukit Broga di Semenyih, Selangor. tpatut aku tujuan nk mendaki bukit ni adalah nk melihat keindahan alam semula jadi dan melihat matahari terbit. patut wat post psl ni 2-3 hari lps aktiviti ni tp dh lps seminggu baru nk wat. tak apa..masih boleh cerita lagi..kira2 25 org yg join aktiviti ni..walaupun penat tapi seronok..kalau nk ke bukit tu, kitrg pn bertolak awal pagi sebelum subuh kena klua dari area umah kitrg. pada pukul 5 pagi, kitrg berkumpul kt surau Al-Mawaddah kt Mutiara Bangi jgk and dlm pukul 5.15 or 5.30 baru lah bergerak keluar dari bangi. dalam tentatif (aturcara) tulis berkonvoi tp masing2 pergi sendiri. nasib baiklah ada sorg neighbour yg tumpang keta aku ni tau jalan nk ke sana. tak ada lah sesat jalan. nasib baik tak ada sapa yg kena tinggal. ok la tu..then kitrg singgah ke surau di stesen minyak petronas, semenyih utk sembahyang subuh. bila sampai je kt surau tu ramai jugak org. tgk diorg ni mmg sah nk ke bukit broga. lepas sembahyang subuh dalam pukul 6 lebih, kitrg pn bergerak ke bukit brogar. kali ni mmg btul2 konvoi. jarak stesen minyak tu tak adalah jauh sgt. dekat je..

tak lama selepas itu, kitrg dh hampir sampai. belum sampai lg tapi hampir2 sebab byk keta la.semua tu nk cari parking keta kt kawasan kelapa sawit..kn dh kata ramai org kt petronas td sbb nk pegi mendaki bukit ni. lgpn kitrg pegi hari sabtu. biasalah tu hari sabtu & ahad mmg ramai org. kalau nk pergi pn at least kena sampai dalam pukul 6 pagi kot..alhamdulillah, kitrg semua dh jumpa tempat parking dan kitrg pn berkumpul mendengar taklimat daripada AJK sukan & riadah. selepas taklimat kitrg jugak baca doa lead by AJK yg sama dan baru wat senaman ringan untuk elak kecederaan. dalam pukul 6.30 pagi, pendakian pun bermula dengan lampu suluh di tangan sebab keadaan gelap sangat. yeah! perjalanan kami agak mencabar sebab keadaan tanah memang tak rata. nampak cam tangga tapi tak secantik tangga umah..dan ada juga jalan berlubang dan juga berbatu bata, so kitrg mmg hati2. mujur ada lampu suluh yang menerangi keadaan. nasib baik jugak cuaca tak hujan sebelum/semasa pendakian, kalau tak, tergelincir kitrg.

semasa pendakian, memang ramai juga yg turut mendaki dan ini menyebabkan perpecahan berlaku. nasiblah kalau jumpa, jumpa lah kitrg kt satu tempat. tapi tak ada masalah since ramai org kan. bukannya pergi sendirian..selang 15 minit pendakian, aku rehat sekejap. penat jgk naik bukit ni. bukan sebarangan bukit. sempat jgklah aku snap gambr bila tgh rehat sebentar. walaupun belum sampai ke puncak, view yg bleh aku lihat memang cantik sgt2.kt bukit ni byk lalang je..color kuning plak tu.tu yg best tu kalau nk bergambar kt sini.keadaan langit gelap skit walaupun jam di tangan menunjukkan pukul 7 lebih. matahri tak juga muncul. kalau ada pn sikit je cahaya..aku pn masih belum sampai ke puncak bukit. nasib tidak menyebelahi aku waktu tu sbb nk melihat matahari terbit tak kesampaian. hanya disebabkan matahari tu terlindung oleh awan. tak apalah..next time ye..

kira-kira pukul 8 pagi, aku tiba di puncak bukit Broga. Alhamdulillah..berjaya jgk aku menawan bukit Broga..nak sampai ke puncak juga penuh cabaran. laluan pulak sempit. ramai yang nk turun dari puncak dan ramai juga yg nk naik ke puncak. nak naik dan turun ke puncak memang ada tali yg diikat kuat. ia membolehkan kita naik dan turun dari puncak dengan selamat. bila aku dah sampai ke puncak bukit tu, nampak lah papan tanda "Selamat Datang ke Puncak Bukit Broga". haha..terbaik la nk alu2 kan aku sampai kt puncak. bawah dia plak tertera ketinggian bukit ini iaitu 400 meter..400 meter? huhu..tak tinggi kot. nama pun bukit mestilah tak sampai 1 000 meter. di puncak bukit ini juga aku ada ambil gambar kenangan berlatar belakang papan tanda itu. ini juga sebagai bahan bukti yg aku sudah tiba di puncak bukit Broga walaupun 1st time aku ke bukit tu.

selepas puasa berada di puncak bukit, aku pun turun la..bila dh turun agak jauh (masa ni dh pertengahan lereng bukit) aku pula tergelincir. aduh. sakitnya..bila aku dh tergelincir, org di depan aku pun turut kena tempiasnya..haha..nasib baik dia tak jatuh habis..walaupun jatuh aku mampu bangun semula dan sambung perjalanan untuk menuruni bukit hingga ke tempat permulaan aku mendaki. aku juga sampai ke tempat permulaan aku mendaki dengan selamat. walaupun penat tapi aku berasa sgt seronok pada hari itu. aku harap dapat menyertai aktiviti mendaki bukit broga ini pada masa akan datang. sekian..
view dari lereng bukit
nampak sikit je cahaya (terlidung dari awan)
perjalanan nk ke puncak bukit masih jauh
akhirnya sampai ke puncak bukit broga

masih dalam perjalanan menuruni bukit

P/s: Tips untuk pendakian ketika menyertai pendakian bukit broga:

  • pakai pakaian yg sesuai (elak pakai seluar jeans. lebih2 lagi kain pelikat/kain batik mahupun baju kurung/kebaya :P). so seluar trek adalah paling sesuai.
  • kasut yg sesuai (elak memakai kasut futsal sebab tapaknya licin dikhuatiri jatuh tergelincir. lagi tak sesuai memakai selipar, high heels, kasut kulit dan but kuning mcm phua chu kang. hehehe). jadi gunakanlah jogging shoes.
  • digalakkan menggunakan lampu suluh jika pendakian bermula awal pagi. keadaan gelap gelita
  • jgn pergi berseorangan. keadaan menjadi sukar jika mengalami kecederaa dan sebagainya
  • cukup hanya bawa makanan ringan sperti coklat, biskut dan air mineral (botol 500 ml) sahaja. jika sedang berhenti rehat selepas penat mendaki, jgnlh minum byk air. tak ada toilet kt atas bukit tu.hehehe..jgn lupa juga lepaskan hajat siap2 kt toilet di stesen minyak petronas ek (masa on the way pegi ke bukit broga ada stesen minyak petronas)
  • jika ada penyakit sakit jantung, demam, baru lepas melakukan pembedahan dan lain2 penyakit tidak dibenarkan mendaki bukit broga.

KATA -KATA PUJANGGA PROFESOR UNGKU AZIZ

0 comments

Anda semua mesti kenal dengan salah seorang professor di negara kita iaitu Professor Diraja Dr Ungku Aziz..apa? tak kenal? Beliau adalah salah seorang Professor yang terkenal di Malaysia ni dan juga bapa kepada gabenor Bank Negara, Datuk Dr Zeti Aktar. Aku bukan nk cerita pasal latar belakang beliau. baru-baru ini aku menerima email daripada seorang kenalan. email tu bertajuk "Kata-kata pujangga Professor Ungku Aziz". selepas membaca email tu, aku tertarik dengan kandungan email tersebut dan aku rasakan aku patut kongsi dengan korg semua. kandungan email itu adalah seperti di bawah ni. semoga kata-kata pujangga ni dapat memotivasikan diri untuk berjaya dalam apa yang kita mahu kecapi tanpa mengira bangsa, agama, umur, jantina dan darjat. hayatilah dengan sebaik-baiknya kerana apa yang dikatakan oleh Professor Ungku Aziz tu adalah benar dalam kehidupan seharian kita.

I'm getting old! oh no! hahhaa

0 comments

Yeah! it is true..i'm getting old. of course! 2 days ago was my birthday and my new age is now increasing 1 year that is 24 years old..wow. celebrate? hmm..mmg ada pn. aku just celebrate birthday aku kt hotel pada waktu malam..bukan hotel mewah pn. Hotel kt Bangi je. Hotel Equitorial. bg aku, celebrate birthday tahun ni biasa2 je..sbb umur dh makin meningkat kan..kek pn xde..aku tidak meminta apa2 hadiah daripada mereka. jika aku minta mungkin susah untuk mereka utk menunaikan permintaan aku ni. takut aku minta benda yg mahal dan tak mampu untuk mereka belikan. bg aku kasih sayang daripada ibu bapa adalah hadiah bermakna untuk aku. bila dh mencapai usia 24, aku juga dh bersedia untuk mencari pasangan atau mencari girlfriend la..hehe..apa? betul ke? siapa orangnya? hmm..mestilah masih mencari..jgn risaulah..insyallah akan diberitahu siapa. anyway begitulah ceritanya psl sambutan birthday aku pada tahun ini. tak meriah seperti tahun lalu sbb tahun lps sambut selepas majlis akikah anak sedara aku. mmg tahun ni aku celebrate dgn parents je..bg aku lebih elok celebrate dgn diorg sementara mereka masih ada kn? aku tidak seperti belia yg lain di mana tiap kali birthday mesti nk celebrate kt kelab malam la..wat parti tu ini..bg aku itu bukan budaya Melayu atau budaya Malaysia yg patut kita lakukan. itu budaya barat..lebih afdal kalau buat kenduri doa selamat kn? oklh sampai sini sahaja lah cerita aku.

aku bersama dgn parents aku

Happy New Year 2011

0 comments

Assalamualaikum readers. yeah it is new year 2011..still can't beleive it...mcm tak percaya kn? pada tahun baru ini jugalah usia blog aku bertambah. hari ini 1.1.2011 genaplah 2 tahun usia blog aku ni..still tak banyak cerita kat blog ni but bilangan orang yg view pn boleh ditingkatkan lagi insyallah..well, harapan aku agar korang semua tetap melawat blog aku ni walau pun sekarang ni jarang2 nk update. kalau still xupdate, boleh je baca blog post tg lama2 tu. hehe..oklh..setakat ni tak ada apa nk diceritakan di blog ni..insyallah kalau ada masa atau ada cerita menarik yg korang nk kongsi atau aku sendiri nk kongsi, akan ku update dari semasa ke semasa. sekian..